Bursa Malaysia jatuh 11.9 mata

BeritaHarian Tue, Jun 07, 2022 08:16pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup pada paras intra hari terendahnya hari ini meneruskan penurunan bagi hari keempat berturut-turut susulan tekanan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih ekoran sentimen lemah di rantau ini, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 11.90 mata atau 0.77 peratus untuk ditutup kepada 1,525.93, daripada paras penutup 1,537.83 pada Jumaat minggu lalu.

Indeks itu yang dibuka tinggi naik 0.91 mata kepada 1,538.7, bergerak setinggi 1,541.43 semasa hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 592 berbanding 365, manakala 395 kaunter tidak berubah, 903 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.62 bilion unit bernilai RM1.78 bilion daripada 2.23 bilion unit bernilai RM1.67 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Seorang peniaga berkata, Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini mengambil petunjuk daripada prestasi positif semalaman di Wall Street tetapi kemudiannya bertukar negatif pada pertengahan sesi pagi untuk ditutup rendah ekoran tekanan jualan di saham wajaran tinggi terpilih.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup tinggi semalam tetapi tidak setinggi sebelumnya apabila para pelabur terus bimbang dengan inflasi dan kenaikan kadar faedah, selain turut membuat spekulasi mengenai sama ada penjualan tahun ini mungkin telah mencecah paras terendah.

Sementara itu, indeks utama serantau ditutup bercampur-campur apabila pasaran mencatatkan prestasi turun naik kerana para pelabur masih tidak pasti sama ada kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) boleh meredakan inflasi tanpa menyebabkan negara itu berdepan kemelesetan, katanya.

"Bagi bursa tempatan, pelabur nampaknya enggan mengambil langkah seterusnya berikutan ketiadaan pemangkin belian.

"Kami mengunjurkan FBM KLCI terus stabil, justeru, menjangkakan ia diniagakan tidak berubah dalam jajaran antara 1,520 dan 1,540 bagi minggu ini dengan paras sokongan segera pada 1,520 diikuti oleh 1,500 manakala paras ketahanan pada 1,570," katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura susut 0.06 peratus kepada 3,224.78, Nikkei 225 Jepun naik 0.10 peratus kepada 27,943.95, Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.56 peratus kepada 21,531.67, KOSPI Korea Selatan jatuh 1.66 peratus kepada 2,626.3 dan Indeks Komposit SSE China menokok 0.17 peratus kepada 3,241.76.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB susut empat sen setiap satu masing-masing kepada RM8.84 dan RM5.06, Public Bank turun enam sen kepada RM4.52, Petronas Chemicals jatuh 13 sen kepada RM9.86 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.50.

Dalam kalangan kaunter cergas, Yew Lee Pacific Group yang memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE naik satu sen kepada 29 sen, Green Packet dan G3 Global meningkat setengah sen setiap satu masing-masing kepada 7.5 sen dan lima sen, Kumpulan Jetson menokok 6.5 sen kepada 31.5 sen, manakala Sapura Energy berkurangan setengah sen kepada lima sen.

Di papan indeks, FBM 70 turun 51.91 mata kepada 13,272.28, FBM ACE susut 22.07 mata kepada 5,249.88, Indeks FBMT 100 jatuh 73.17 mata kepada 10,629.56, Indeks FBM Emas berkurangan 71.36 mata kepada 10,941.58 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 87.70 mata kepada 11,276.79.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 2.64 mata kepada 197.13, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 72.01 mata kepada 16,546.78 dan Indeks Perladangan jatuh 124.71 mata kepada 7,786.92.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.71 bilion saham bernilai RM1.56 bilion daripada 1.57 bilion saham bernilai RM1.51 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Jumlah dagangan waran naik kepada 412.99 juta unit bernilai RM75.26 juta daripada 157.99 juta unit bernilai RM20.56 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 494.63 juta saham bernilai RM138.17 juta daripada 499.67 juta saham bernilai RM140.63 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 324.66 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (334.17 juta), pembinaan (60.69 juta), teknologi (109.30 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (51.59 juta), hartanah (154.89 juta), perladangan (42.16 juta), REITs (5.86 juta), dana tertutup (6,000), tenaga (369.10 juta), penjagaan kesihatan (69.0 juta), telekomunikasi dan media (134.76 juta), pengangkutan dan logistik (25.71 juta) dan utiliti (27.85 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.450
FBMKLCI 1536.070
G3 0.020
GPACKET 0.045
IHH 6.050
JETSON 0.250
PBBANK 4.220
SAPNRG 0.050
YEWLEE 0.395

Comments

Login to comment.