Ahmad Fuzi melawat kemudahan pembuatan Iconic Medicare

BeritaHarian Thu, Jun 09, 2022 11:49am - 1 year View Original


PULAU PINANG: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak mengadakan lawatan khas ke kemudahan pembuatan sarung tangan dan pelitup muka bernilai RM200 juta milik Iconic Medicare Sdn Bhd

(Iconic Medicare) di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, sempena lawatan itu, Pengarah Urusan Iconic Worldwide Bhd (Iconic Worldwide), Datuk Tan Kean Tet menyerahkan 200,000 keping pelitup muka perubatan pakai buang bernilai RM140,000 sebagai tanda sokongan atas usaha berterusan Ahmad Fuzi untuk membantu golongan yang memerlukan.

Pengarah Eksekutif Iconic Worldwide James Tan, Katherine Tan dan Jason Chung turut hadir pada acara berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Fuzi diiringi oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto dan ADUN Bukit Tambun, Goh Choon Aik. Tan Sri Dr Tan Khoon Hai juga hadir sebagai tetamu pada majlis itu.

"Ia membabitkan lawatan ke 12 barisan celupan sarung tangan berganda Iconic

Medicare dan 22 pengeluaran pelitup muka perubatan, yang berupaya menghasilkan kapasiti pengeluaran 3.5 bilion keping sarung tangan dan 220 juta keping pelitup muka setiap setahun," kata kenyataan itu.

Ahmad Fuzi kemudiannya dibawa ke Hotel Iconic untuk makan tengah hari dan merasai jenama durian tempatan Iconic.

Iconic Medicare ialah anak syarikat milik penuh Iconic Worldwide yang tersenarai di Bursa Malaysia, yang mana terbabit terutamanya dalam pelancongan, pembangunan hartanah dan pembuatan peralatan perlindungan diri (PPE).

Menyingkap kembali, kemudahan pembuatan sarung tangan dan pelitup muka bernilai RM200 juta di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang itu telah dilancarkan secara rasmi pada 15 Januari 2022 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Chow Kon Yeow.

Syarikat pada April tahun ini telah meluluskan audit tanggungjawab alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mengikut metodologi SMETA, yang dijalankan oleh firma audit antarabangsa pihak ketiga. Perniagaan pembuatan sarung tangan Iconic

Medicare telah diperakui secara rasmi selepas melalui skop audit SMETA 4-teras.

Audit Perdagangan Etika Ahli Sedex (SMETA), salah satu format audit etika yang paling meluas digunakan di dunia, diasaskan berdasarkan konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa, serta undang-undang tempatan yang berkaitan. Ia terdiri daripada modul seperti piawaian buruh, kesihatan dan keselamatan, sistem pengurusan, penilaian alam sekitar dan etika perniagaan.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BKAWAN 20.000
BURSA 7.460
ICONIC 0.090

Comments

Login to comment.