Aeon lantik Ono Keiji sebagai pengarah urusan baharu

HarianMetro Fri, Jun 10, 2022 08:15pm - 1 year View Original


Kuala Lumpur: Aeon Co (M) Bhd (Aeon) telah melantik Ono Keiji sebagai Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menggantikan Shafie Shamsuddin yang meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2022 selepas berkhidmat selama tiga tahun dengan Aeon.

Syarikat perkhidmatan pengurusan runcit dan hartanah itu berkata Ono ialah seorang eksekutif dengan pengalaman selama 27 tahun dalam pelbagai tugasan dalam kumpulan Aeon di seluruh dunia.

"Sebelum ini, Ono telah berkhidmat sebagai Presiden dan Wakil pengarah Aeon Kemboja dan menyertai Aeon Co (M) Bhd daripada jawatannya sebagai Presiden dan Wakil Pengarah Aeon Ryukyu Co Ltd di Jepun," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini .

Sementara itu, Aeon berkata ia menerima dan menghormati keputusan Shafie untuk meneruskan cabaran baharu selepas berjaya mengemudi syarikat itu melalui waktu mencabar semasa pandemik Covid-19 dan merangka 'Aeon Strategy Playbook' (Buku Panduan Strategi Aeon).

"Shafie telah memainkan peranan penting dalam perjalanan transformasi Aeon. Kepimpinannya yang berwawasan dan berinspirasi telah mencipta Aeon yang lebih berdaya tahan dan tangkas untuk menghadapi cabaran masa depan," kata Pengerusi Aeon Datuk Iskandar Sarudin.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AEON 1.100
BURSA 7.460

Comments

Login to comment.