MSM catat sifar kecederaan lima bulan berturut-turut

BeritaHarian Mon, Jun 13, 2022 09:29pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Penggiat industri gula, MSM Malaysia Holdings Bhd mencapai lima bulan berturut-turut iaitu Januari hingga Mei lalu, sifar Kecederaan Masa Hilang (LTI) atau 2,351,697 jam kerja selamat yang berkaitan dengan insiden industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Syed Feizal Syed Mohammad, berkata pencapaian itu menandakan penambahbaikan berterusan MSM untuk kesejahteraan pekerja dan keselamatan tempat kerja serta memacu budaya keselamatan yang lebih tinggi.

Beliau berkata, MSM sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat serta secara aktif memacu usaha pencegahan kemalangan merentasi semua operasi.

"Kesihatan dan keselamatan adalah keutamaan di MSM malah Kumpulan MSM juga sentiasa berusaha untuk tidak membahayakan individu, alam sekitar dan harta benda.

"Kami melihat kesihatan dan keselamatan antara kunci utama untuk memastikan pemulihan serta pertumbuhan perniagaan yang mampan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, MSM juga telah mewujudkan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan yang mengutamakan standard keselamatan serta kesihatan pekerjaan yang tinggi untuk pekerja serta pihak ketiga selaras dengan Piawaian Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan MSM.

Syed Feizal berkata, ia mematuhi piawaian industri kesihatan dan keselamatan antarabangsa dan tempatan dengan memenuhi keperluan dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

MSM 3.250

Comments

Login to comment.