Handal raih kontrak, lanjutan kontrak baharu

BeritaHarian Wed, Jun 22, 2022 07:54pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Handal Energy Bhd (Handal), penyedia perkhidmatan bersepadu terkemuka kepada industri minyak dan gas (O&G) memperoleh empat pesanan pembelian (PO) dan satu lanjutan kontrak baharu yang akan mengukuhkan lagi perniagaannya.

Empat PO dan satu lanjutan kontrak tiu diperoleh menerusi anak syarikat milik penuhnya, Handal Cranes Sdn Bhd dan anak syarikat dengan pegangan 51 peratusnya, Borneo Seaoffshore Engineering Sdn Bhd (BSOE).

Handal dalam satu kenyataan, berkata Handal Cranes menerima PO secara one-off untuk fabrikasi kren baharu daripada PT Meindo Elang Indah, kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pemasangan terkemuka dari Indonesia bagi Pertamina.

"Bagi BSOE pula, ia menerima lanjutan kontrak selama setahun daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk penyediaan pengasingan saluran paip dan skop tambahan untuk penyediaan sistem pencegahan kakisan riser dan penyelenggaraan.

"BSOE juga memperoleh PO secara one-off daripada Shell untuk penyediaan sokongan vendor untuk pengukuran medan arus ulang-alik (ACFM) dan peralatan dan kakitangan (ROV Deployable) di salah satu kemudahan yang kedua di luar pesisir Sarawak, serta PO secara one-off daripada E&P O&M Services Sdn Bhd untuk penyediaan pengasingan positif oleh palam mekanikal untuk salah seorang pelanggannya," katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan Handal, Sunildeep Dhaliwal, berkata kontrak dan lanjutan kontrak baharu itu akan membolehkan kumpulan itu menambah baik aliran pendapatannya dan seterusnya meringankan cabaran aliran tunai yang menjadi pemangkin utama dalam menyediakan tahap perkhidmatan yang mampan serta diperbaharui kepada pelanggannya.

"Dengan cara yang sama, Handal akan terus meneroka teknologi boleh guna baharu termasuk penyelesaian inovatif yang akan memanfaatkan dan menambah baik kos kitaran hayat, operasi dan pengurusan integriti aset pelanggan, seperti teknologi ACFM," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

HANDAL 0.085

Comments

Login to comment.