Bursa Malaysia kembali meningkat

BeritaHarian Thu, Jun 23, 2022 10:40am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula untuk dibuka tinggi pada Khamis dan mencecah paras melebihi 1,440 setelah didorong minat belian yang lebih baik dalam saham wajaran tinggi terpilih didahului kaunter perladangan, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.01 mata kepada 1,440.11 daripada 1,431.10 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks yang menjadi penanda aras itu dibuka 3.40 mata lebih tinggi kepada 1,434.50.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 137 berbanding 96, manakala 184 kaunter tidak berubah, 1,849 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan 144.93 juta unit bernilai RM60.99 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata peningkatan semula yang sederhana dijangka dialami Bursa Malaysia hari ini kerana indeks itu bergerak hampir kepada paras sokongan.

"Kami menjangkakan bursa tempatan berada dalam aliran pada lingkungan 1,425 hingga 1,445 sepanjang hari ini," katanya kepada Bernama.

Mengenai prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman, beliau berkata ketiga-tiga indeks utamanya ditutup rendah dan keadaan pasaran pula berhati-hati ekoran kebimbangan inflasi kekal sebagai kekangan utama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Kuala Lumpur Kepong melonjak 42 sen kepada RM22.56, Sime Darby Plantation naik sembilan sen kepada RM4.13, IOI Corp meningkat lapan sen kepada RM3.81, TNB menambah tiga sen kepada RM8.21 manakala Petronas Dagangan tidak berubah pada RM20.50.

Bagi saham aktif, YX Precious Metals yang baru disenaraikan menokok dua sen kepada 30 sen, Dataprep Holdings naik satu sen kepada 20 sen, China Ouhua dan Jade Marvel masing-masing kekal pada 6.5 sen dan 9.1 sen, manakala NWP Holdings susut 1.5 sen kepada 27 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 63.10 mata kepada 10,407.09; FBM 70 meningkat 55.52 mata kepada 12,415.03; Indeks FBM Emas menambah 57.67 mata kepada 10,268.9; FBM ACE menokok 0.38 mata kepada 4,715.87 dan Indeks FBMT 100 naik 58.41 mata kepada 10,010.75.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 88.29 mata kepada 16,064.96; Indeks Perladangan menambah 85.73 mata kepada 6,875.36 serta Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.09 mata kepada 184.15.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AURO 0.155
BURSA 7.450
DATAPRP 0.115
FBMKLCI 1541.250
IOICORP 3.980
KLK 22.440
PETDAG 21.580
SIMEPLT 4.310
YXPM 0.280

Comments

Login to comment.