Sasar jualan tujuh kali ganda di 7CAFé

HarianMetro Mon, Jun 27, 2022 07:10am - 1 year View Original


PENGENDALI rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd melancarkan kedai 7CAFé terbesarnya bernilai RM1.8 juta di Bandar Puteri, Puchong di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Wong Wai Keong berkata, kedai dua tingkat berkeluasan 6,000 kaki persegi itu empat kali ganda saiz kedai 7-Eleven biasa.

"Mengenai jangkaan jualan, saya tidak dapat berkongsi jumlah sebenar berikutan setiap kedai berbeza, namun secara umumnya, membandingkan 7CAFé baharu ini dengan kedai biasa, ia mampu memperoleh jualan enam hingga tujuh kali ganda lebih banyak," katanya di sini, baru-baru ini.

Wong berkata, memandangkan kumpulan itu memasuki segmen baharu dalam makanan dan minuman, ia mahu menumpukan pada penyempurnaan standard operasi semua 7CAFé dengan penambahan penyediaan makanan dan pendekatan berorientasikan perkhidmatan.

"Kami ada kaunter makanan serta makanan baru disediakan yang biasa tidak kelihatan di kedai serbaneka 7-Eleven terdekat anda. Kami mahu pembukaan ini menjadi kesinambungan kepada semua 28 kedai 7CAFé setakat ini," tambahnya.

Wong berkata, kedai 7CAFé dibuka dengan perkongsian dengan BookXcess yang menyediakan kedai buku mini manakala bahagian makanan dan minuman dilengkapi dengan pencuci mulut dan kek daripada jenama matcha artisan kontemporari Niko Neko Matcha.

7CAFé oleh 7-Eleven menyasarkan membuka lebih banyak cawangan termasuk di luar Lembah Klang dalam usaha menawarkan tawaran unik untuk kemudahan gaya hidup kepada pelanggan.
- Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

SEM 1.990

Comments

Login to comment.