Mjets, Sersol tawar khidmat jet peribadi di Malaysia, Indonesia

BeritaHarian Thu, Jul 07, 2022 10:38am - 1 year View Original


PETALING JAYA: Pengendali jet peribadi, Mjets Ltd (Mjets) memeterai perjanjian dengan Sersol Bhd untuk menawarkan perkhidmatan sewaan jet peribadi bagi pasaran Malaysia dan Indonesia.

Menerusi perjanjian ber­kenaan, kedua-dua syarikat bakal menubuhkan syarikat usaha sama pada kadar ekuiti 50:50 yang akan menawarkan khidmat sewa khas, pengendalian darat, pengurusan pesawat dan membawa masuk armada jet peribadi.

Berdasarkan laporan Newswires Mac lalu, kadar pertumbuhan pasaran jet peribadi global dijangka melonjak berikutan peningkatan permintaan perjalanan.

Sepanjang tempoh ramalan dari 2022 hingga 2030, Asia-Pasifik dijangka kekal sebagai salah satu pasaran terbesar dunia.

Pengarah Urusan Sersol Group, Datuk Justin Lim berkata, pihaknya sedang mengembangkan perniagaan dalam penerbangan, teknologi, tenaga lestari, pembangunan hartanah, telekomunikasi dan penjagaan kesihatan.

"Kami percaya jet peribadi sewa khas menawarkan peluang yang cerah untuk memasuki sektor penerbangan Malaysia dan Indonesia.

"Terdapat peningkatan permintaan dalam segmen pasaran yang berbeza yang menginginkan pilihan perjalanan lebih selamat dan boleh dipercayai serta membantu mengurangkan kesulitan perjalanan," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MJets, Natthapatr Sibunruang berkata, dengan pengalaman 15 tahun dalam perkhidmatan jet peribadi dan penyelenggaraan untuk industri penerbangan, Mjets memiliki keupayaan serta pendekatan strategik untuk mengembangkan perkhidmatan jet peribadi di Asia Tenggara

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

SERSOL 0.105

Comments

Login to comment.