Unit MMIS beli tanah industri di Perak

BeritaHarian Sun, Jul 10, 2022 12:04pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh MMIS Bhd, Multi Mould Industries Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Foong Kim Yen and Sons Engineering Works Sdn Bhd untuk membeli sebidang tanah perindustrian berkeluasan kira-kira 40,054 meter persegi serta bangunan di Kawasan Perindustrian Pengkalan II, Perak bernilai RM11.5 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, MMIS berkata pembelian itu akan dilaksanakan keseluruhannya secara tunai, yang akan dibiayai melalui gabungan dana dan/atau pinjaman yang dijana secara dalaman.

Bagaimanapun, katanya, pecahan pembiayaan itu belum dimuktamadkan buat masa ini.

Katanya, cadangan pembelian itu membentuk sebahagian daripada strateginya untuk meningkatkan pengeluaran yang beroperasi pada kapasiti penuh di kemudahan sedia ada.

"Hartanah itu telah dikenal pasti memandangkan lokasinya yang berhampiran fasiliti sedia ada kumpulan dan mempunyai bangunan kilang sedia ada yang boleh dimanfaatkan untuk menempatkan jentera dan penyimpanan baharu," katanya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.470
MMIS 0.500

Comments

Login to comment.