Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit

BeritaHarian Tue, Jul 12, 2022 06:49pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Minat belian pada saat akhir dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui utiliti serta saham produk dan perkhidmatan pengguna membantu mendorong FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup dengan prestasi positif hari ini, kata peniaga.

Bagaimanapun, di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 569 berbanding 292, manakala 357 kaunter tidak berubah, 1,022 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung dagangannya.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.29 mata kepada 1,426.08 berbanding 1,425.79 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Indeks penanda aras yang dibuka lebih tinggi 0.40 mata pada paras tertinggi hariannya kepada 1,426.19 merosot kepada paras terendah 1,418.50 dalam sesi lewat tengah hari sebelum kembali meningkat.

Jumlah dagangan meningkat sebanyak 2.36 bilion unit bernilai RM1.27 bilion berbanding 1.62 bilion unit bernilai RM1.12 bilion sewaktu ditutup pada Jumaat.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata kebanyakan indeks utama serantau mencatatkan aliran rendah susulan isyarat negatif semalaman di Wall Street.

"Pelabur berhati-hati berikutan mereka menunggu laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) dan data ekonomi China pada lewat minggu ini," katanya.

Di peringkat tempatan, beliau berkata sentimen kekal gelisah disebabkan ketidaktentuan pasaran yang meningkat walaupun belian semasa harga rendah mungkin berlaku.

"Kami yakin FBM KLCI kekal dalam kedudukan terlebih jual pada peringkat ini. Kami menjangkakan indeks itu akan bergerak pada julat 1,410-1,440 untuk tempoh berbaki minggu ini," katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank menokok dua sen kepada RM8.64, Public Bank tidak berubah pada RM4.40, Petronas Chemicals susut 19 sen kepada RM8.28, IHH Healthcare meningkat tiga sen kepada RM6.39, TNB menokok 11 sen kepada RM8.03 dan PPB naik 40 sen kepada RM16.00.

Bagi saham aktif, TWL meraih setengah sen kepada tujuh sen, Yong Tai susut dua sen kepada enam sen, Metronic turun 1.5 sen kepada lapan sen, Top Glove meningkat dua sen kepada RM1.01 dan Widad turun setengah sen kepada 36.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 20.45 mata kepada 10,116.08, Indeks FBM Emas Syariah susut 37.01 mata kepada 10,156.91,FBM 70 jatuh 91.67 mata kepada 12,104.64, Indeks FBMT 100 rendah 15.92 mata kepada 9,877.16 dan FBM ACE merosot 89.30 mata kepada 4,578.51.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 11.10 mata kepada 16,088.22, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 2.62 mata kepada 170.21 dan Indeks Perladangan menokok 85.07 mata kepada 6,719.93.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.64 bilion saham bernilai RM1.10 bilion berbanding 1.04 bilion saham bernilai RM907.02 juta pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 452.94 juta unit bernilai RM86.22 juta daripada 371.77 juta unit bernilai RM72.25 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 267.91 juta saham bernilai RM86.74 juta berbanding 329.36 juta saham bernilai RM100.21 juta.

Kaunter barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 165.92 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (368.51 juta), pembinaan (33.07 juta), teknologi (128.20 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (38.24 juta), hartanah (561.63 juta), perladangan (29.25 juta), REIT(4.03 juta), dana tertutup (19,500), tenaga (116.78 juta), penjagaan kesihatan (154.64 juta), telekomunikasi dan media (19.21 juta), pengangkutan dan logistik (15.39 juta) serta utiliti (8.19 juta).

– Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
FBMKLCI 1530.600
IHH 6.030
PBBANK 4.210
YONGTAI 0.250

Comments

Login to comment.