Bursa Malaysia terus meningkat

BeritaHarian Thu, Jul 21, 2022 10:46am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR, : Bursa Malaysia meneruskan keuntungan yang diraih semalam, menyaksikan dagangan dibuka dalam zon positif, disokong oleh minat belian yang berterusan seiring dengan sentimen menggalakkan dalam pasaran serantau, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.02 mata kepada 1,442.0 daripada 1,436.98 penutup Rabu.

Indeks utama itu memulakan urus niaga pada 1,441.60, iaitu 4.18 mata lebih tinggi.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 181 berbalas 82, manakala 208 kaunter tidak berubah, 1,817 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 247.02 juta unit bernilai RM54.08 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya hari ini, pelabur dijangka menyaksikan pergerakan perdagangan yang positif di bursa tempatan berikutan lanjutan pemulihan Wall Street, disokong oleh aktiviti memburu saham berharga murah yang ketara sejak beberapa minggu lalu.

"Bagi komoditi, penanda aras minyak mentah Brent masih diniagakan melebihi paras AS$100 iaitu pada sekitar AS$106-AS$107, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) sedikit berubah pada paras RM3,900.

"Namun begitu, kami mengunjurkan harga MSM akan terus tertekan pada separuh kedua 2022 selepas kerajaan Indonesia meningkatkan eksport," katanya.

Firma pembrokeran itu turut menyatakan aktiviti dagangan dalam sektor teknologi dijangka terus meningkat apabila Nasdaq mempamerkan satu lagi sesi positif susulan pengeluaran laporan pendapatan oleh beberapa syarikat korporat.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM8.67, Public Bank menambah satu sen menjadi RM4.44, Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM8.57, IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM6.46 dan CIMB Group lebih tinggi sebanyak empat sen pada RM5.13.

Bagi saham aktif, Bintai Kinden Corporation, Vinvest Capital Holdings dan ARB masing-masing meningkat setengah sen kepada 12.5 sen, 17.5 sen dan 11.5 sen, manakala MMAG Holdings dan MQ Technology tidak berubah, masing-masing pada lima sen dan 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 34.14 mata kepada 10,234.11, Indeks FBM Emas Syariah meraih 26.32 mata menjadi 10,325.73 manakala FBM 70 naik 39.71 mata kepada 12,270.74.

Indeks FBMT 100 turut peroleh 34.21 mata kepada 9,993.35 dan FBM ACE mengukuh 13.91 mata menjadi 4,702.33.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 16.04 mata kepada 6,805.30, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 82.78 mata kepada 16,149.64, Indeks Tenaga meningkat 3.12 mata menjadi 634.91 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.04 mata kepada 173.91.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ARBB 0.040
BURSA 7.460
FBMKLCI 1530.600
IHH 6.030
MMAG 0.175
MQTECH 0.015
PBBANK 4.210
VINVEST 0.045

Comments

Tan Hock Siew
Like · Reply
外资没有进来,很难有作为。

Login to comment.