Pengarah Urusan Iconic terima anugerah DGPN

BeritaHarian Sat, Jul 23, 2022 08:57pm - 1 year View Original


GEORGETOWN: Pengarah Urusan Iconic Worldwide Bhd, pengilang sarung tangan dan pelitup muka pakai buang serta pemaju hartanah terkemuka, Datuk Tan Kean Tet akan menerima anugerah Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN).

Darjah yang membawa gelaran Datuk Seri itu dianugerah sempena sambutan hari lahir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang ke-73.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, upacara penganugerahan itu akan berlangsung pada 23 Julai di kediaman rasmi Yang DiPertua Negeri.

Dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1962, Kean Tet memulakan kerjayanya dalam industri akuakultur pada tahun 1991

Selepas 20 tahun menjalankan syarikat akuakultur sendiri, beliau menceburi bidang pembangunan hartanah melalui penubuhan Iconic Group Sdn Bhd pada 2011.

Beliau seterusnya mengembangkan perniagaan ke sektor perhotelan dengan pelancaran Hotel Iconic.

Iconic Hotel ialah hotel Kelas Perniagaan Empat bNntang yang terletak di Icon City, Pulau Pinang.

Pada 2019, Kean Tet muncul sebagai pemegang saham utama Iconic Worldwide Berhad dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif pada 23 April 2019.

Beliau telah dilantik semula sebagai Pengarah Urusan pada 30 Ogos 2019.

Beliau telah berjaya menerajui Kumpulan dalam menyiapkan beberapa projek pembangunan hartanah dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM730 juta.

Antara projek terkenalnya ialah Icon City, Iconic Skies, Iconic Vue dan Iconic Point.

Pada September 2020, Iconic Worldwide Berhad mengumumkan rancangannya untuk mempelbagaikan pengeluaran peralatan perlindungan diri ("PPE") yang termasuk pelitup muka pakai buang dan sarung tangan.

Selain sebagai usahawan berjaya, Kean Tet juga terbabit secara aktif dalam memudahkan kepelbagaian budaya dan pembangunan jangka panjang negara melalui badan amal pendidikan, kebudayaan dan kebajikan sosial.

Semasa pandemik, Kean Tet menyumbangkan sejumlah besar sarung tangan dan pelitup muka pakai buang kepada kerajaan negeri, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, dan institusi pendidikan serta perubatan.

Kean Tet kini memegang beberapa jawatan penting dalam pelbagai persatuan dan institusi pendidikan di Pulau Pinang.

Pada tahun 2016, Kean Tet menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) atas sumbangan beliau kepada negara. Anugerah itu membawa gelaran Datuk.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ICONIC 0.100

Comments

Login to comment.