Bursa Malaysia meningkat semula selepas tekanan jualan dua hari

BeritaHarian Thu, Aug 04, 2022 10:58am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Minat belian diperbaharui selepas mengalami tekanan jualan selama dua hari berturut-turut selain mengambil petunjuk daripada keuntungan semalaman Wall Street, menyaksikan Bursa Malaysia memulakan urus niaga pagi ini lebih tinggi.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.58 mata untuk mencatatkan paras 1,495.15 daripada penutupan Rabu pada 1,490.57.

Indeks utama itu mengukuh 1.09 mata pada 1,491.66 semasa sesi pembukaan.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 197 berbalas 80, manakala 164 kaunter tidak berubah, 1,794 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 154.83 juta unit bernilai RM54.89 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street mempamerkan lantunan kukuh apabila Indeks Dow Jones meningkat sebanyak 1.3 peratus, didorong oleh Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Bukan Pembuatan (ISM) Institut Pengurusan Bekalan (ISM) yang melonjak ke paras tertinggi tiga bulan pada 56.7 pada Julai 2022 berserta pendapatan korporat yang lebih mantap.

"Memandangkan pasaran melihat lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan dijangka tidak menimbulkan sebarang kemungkinan, kami percaya sentimen itu akan pulih seiring prestasi rakan serantau yang lain selepas kenaikan ketara di AS berikutan data ekonomi yang teguh dan pendapatan korporat yang lebih kukuh," katanya dalam nota hari ini.

Bagi komoditi, firma pembrokeran itu menyatakan harga minyak mentah terus jatuh, diniagakan di bawah paras AS$100 setong, manakala harga minyak sawit mentah turun kepada sekitar RM3,800 satu tan.

Sementara itu, ia menambah sektor teknologi dijangka melantun lebih tinggi, mengambil petunjuk positif daripada kenaikan kukuh pasaran semalaman Nasdaq.

Bagaimanapun, sektor tenaga mungkin akan 'berehat seketika' di tengah-tengah penurunan harga minyak mentah.

"Dalam pada itu, langkah Indonesia untuk menarik balik larangan ke atas pekerjanya daripada memasuki Malaysia boleh meningkatkan sentimen terhadap sektor perladangan dan pembinaan," tambah firma itu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok 4.0 sen kepada RM8.87, Public Bank dan CIMB naik 1.0 sen setiap satu, masing-masing mencatatkan harga RM4.62 dan RM5.24, Petronas Chemicals menokok 8.0 sen kepada RM8.98 dan IHH Healthcare meningkat 3.0 sen kepada RM6.45.

Daripada saham aktif, CSH Alliance naik setengah sen menjadi 6.5 sen dan SFP Tech meningkat 2.5 sen kepada 89.5 sen, manakala Green Packet turun setengah sen kepada 5.5 sen dan ARB dan Vinvest Capital tidak berubah pada 11.5 sen dan 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 39.66 mata kepada 10,752.71, FBM ACE meningkat 18.41 mata menjadi 4,808.86 dan Indeks FBMT 100 lebih tinggi sebanyak 32.89 mata kepada 10,356.64.

Indeks FBM Emas turut mengembang 34.63 mata kepada 10,606.85 dan FBM 70 menambah 44.95 mata kepada 12,696.66.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan bertambah baik sebanyak 34.30 mata kepada 16,604.45, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.83 mata menjadi 186.03, manakala Indeks Tenaga berkurangan sebanyak 3.16 mata kepada 657.58 dan Indeks Perladangan lemah sebanyak 36.51 mata kepada 6,991.50.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ARBB 0.040
BURSA 7.460
FBMKLCI 1561.640
GPACKET 0.040
IHH 6.220
PBBANK 4.240
VELOCITY 0.045

Comments

Login to comment.