Gets Global tukar nama kepada One Glove

BeritaHarian Fri, Aug 05, 2022 07:18pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Gets Global Bhd yang disenaraikan di Pasaran Utama telah menukar nama kepada One Glove Group Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, operator bas itu berkata, saham syarikat akan diniagakan dan disebut di bawah nama baharu berkuat kuasa Isnin, 8 Ogos 2022.

"Nama pendek saham akan ditukar kepada ONEGLOVE berbanding GETS sebelum ini. Bagaimanapun, nombor saham syarikat kekal tidak berubah," katanya.

Sewaktu ditutup, saham Gets merosot 1.5 sen atau 1.89 peratus kepada 78 sen, dengan 21,000 unit diniagakan, menjadikan permodalan pasarannya kepada RM225.78 juta.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
ONEGLOVE 0.225

Comments

Login to comment.