Bursa Malaysia terus meningkat atas 1,500 mata

BeritaHarian Fri, Aug 12, 2022 06:44pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi untuk hari kedua berturut-turut hari ini, menyaksikan indeks penanda aras berakhir dengan melepasi paras psikologi 1,500 hasil sokongan belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya kaunter perbankan dan perladangan.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.63 mata untuk mengakhiri minggu ini pada 1,506.19 berbanding penutup semalam pada 1,505.56.

Indeks penanda aras itu yang dibuka 0.49 mata lebih lemah pada 1,505.07 pagi ini, bergerak antara 1,504.21 dan 1,511.8 di sepanjang sesi dagangan.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mendahului kaunter rugi 440 berbalas 367, manakala 442 kaunter tidak berubah, 1,034 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.08 bilion unit bernilai RM1.63 bilion daripada 2.55 bilion unit bernilai RM1.97 bilion semalam.

Sime Darby Plantation adalah kaunter yang mencatatkan untung terbesar dalam kalangan 30 kaunter berkaitan indeks, meningkat 1.98 peratus atau sembilan sen kepada RM4.64, manakala CIMB pula penyumbang terbesar kepada keuntungan dalam indeks komposit selepas meningkat enam sen kepada RM5.43.

Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata pasaran didominasi oleh pembelian asing, kebanyakannya dalam saham perbankan apabila tekanan inflasi dari Amerika Syarikat mula berkurangan.

"Bursa Malaysia membuat kemunculan semula dengan semua indeks sektor menunjukkan arah aliran positif, begitu juga dengan saham berharga murah," katanya.

Selain itu, Nazri Khan berkata pertumbuhan ekonomi yang kukuh iaitu 8.9 peratus pada suku kedua 2022 turut meningkatkan selera risiko pelabur hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI gagal menembusi paras rintangan 1,510 walaupun pertumbuhan KDNK suku kedua 2022 yang lebih kukuh daripada jangkaan disebabkan beberapa pengambilan untung semasa sesi dagangan lewat.

"Kami mengunjurkan indeks penanda aras mengukuh dalam julat 1,500-1,515 untuk minggu depan," katanya sambil menambah rintangan segera ialah pada 1,510 dan diikuti 1,530, manakala sokongan pada 1,480.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.97, Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM8.80, IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM6.49, Tenaga naik lima sen kepada RM8.63, Hong Leong Bank meningkat 10 sen kepada RM20.88, manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.65.

Bagi saham aktif, Top Glove turun tujuh sen kepada 85.5 sen, Hartalega susut 28 sen kepada RM2.00, Avillion menambah dua sen kepada 12 sen manakala Metronic dan Dagang NeXchange tidak berubah masing-masing pada lima sen dan 89 sen.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 susut 3.62 mata kepada 10,427.61, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 19.78 mata kepada 10,790.33 dan FBM 70 kerugian 36.56 mata kepada 12,761.39.

Sementara itu, FBM ACE lemah 12.36 mata kepada 4,936.74 dan Indeks FBM Emas pula menambah 0.14 mata menjadi 10,683.18.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 51.59 mata kepada 16,827.61, Indeks Perladangan menambah 40.56 mata kepada 7,196.81, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.02 mata kepada 184.04 dan Indeks Tenaga menokok 4.2 mata kepada 663.12.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan sedikit kepada 1.43 bilion saham bernilai RM1.43 bilion daripada 1.64 bilion saham bernilai RM1.63 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran menyusut kepada 246.16 juta unit bernilai RM37.6 juta berbanding 308.49 juta unit bernilai RM56.64 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE lebih rendah kepada 411.41 juta saham bernilai RM161.72 juta daripada 604.56 juta saham bernilai RM282.21 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 223.06 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (387.83 juta), pembinaan (31.62 juta), teknologi (185.69 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (57.96 juta), hartanah (98.68 juta), perladangan (27.73 juta), REIT (3.63 juta), dana tertutup (14,000), tenaga (102.7 juta), penjagaan kesihatan (225.52 juta), telekomunikasi dan media (23.48 juta), pengangkutan dan logistik (35.16 juta ) dan utiliti (22.93 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AVI 0.060
BURSA 7.360
DNEX 0.400
FBMKLCI 1535.000
HLBANK 19.300
IHH 6.100
PBBANK 4.100
SIMEPLT 4.450

Comments

Login to comment.