Mothercare buka kedai konsep di Suria KLCC

BeritaHarian Sun, Aug 14, 2022 12:25pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Kim Hin Joo (Malaysia) Bhd (Kim Hin Joo), peruncit terkemuka untuk produk ibu bersalin, bayi, pakaian kanak-kanak dan permainan melancarkan kedai konsep pengalaman kedua, Mothercare Flagship Store di Suria KLCC.

Selain kedai konsep utama, Kim Hin Joo turut melancarkan kedai permainan dikenali The Entertainer di cawangan berkenaan bagi meningkatkan lagi pengalaman beli-belah.

Pembukaan kedai baharu itu selaras dengan strategi saluran omni syarikat untuk menambah baik semua 'titik sentuh' pengguna di Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan Kim Hin Joo, Pang Fu Wei, berkata, pelancaran kedai pengalaman kedua itu adalah satu pencapaian positif selepas pembukaan kedai pengalaman pertama di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.

"Kedai Mothercare Experience menawarkan penyelesaian sehenti untuk semua keperluan bayi dan keibubapaan, selaras dengan matlamat kami untuk membantu memudahkan perjalanan keibubapaan pelanggan dari zaman kanak-kanak dan seterusnya.

"Melangkah ke hadapan, kami merancang untuk terus melancarkan konsep kedai pengalaman kepada lebih banyak cawangan Mothercare sebagai sebahagian daripada strategi 'Runcit 2.0' untuk menambah baik semua titik sentuh pengguna," katanya.

Berkeluasan 13,000 kaki persegi, Mothercare Flagship Store yang baru diubah suai di Suria KLCC menampilkan beberapa zon pengalaman utama memudahkan ibu bapa membuat keputusan yang lebih baik.

Mothercare Flagship Store di Suria KLCC turut menampilkan penasihat nurseri Mothercare, di mana kakitangan dalam kedai berkenaan yang terlatih dan bertauliah akan membimbing pembeli, terutamanya ibu bapa baharu.

Kedai konsep utama itu juga menempatkan lebih daripada 300 jenama produk bayi dan kanak-kanak, keperluan bersalin dan mainan.

The Entertainer pula adalah kedai konsep kelima di Malaysia yang menjual pelbagai jenis permainan eksklusif untuk kanak-kanak.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

KHJB 0.155

Comments

Login to comment.