Bursa Malaysia didagang tidak menentu

BeritaHarian Thu, Aug 18, 2022 10:26am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan urus niaga pagi ini agak rendah tetapi mula meningkat selepas itu apabila minat belian baharu muncul untuk mendapatkan saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen berhati-hati pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,520.72 daripada 1,518.16 pada penutup Rabu.

Indeks utama itu dibuka lemah 1.38 mata untuk mencatatkan paras 1,516.78.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 213 berbalas 115 manakala 232 kaunter tidak berubah, 1,738 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 252.95 juta unit bernilai RM119.70 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata memandangkan prestasi Wall Street yang lebih lemah, sentimen di bursa tempatan mungkin akan bertukar untuk lebih berhati-hati apabila tumpuan kembali beralih kepada dasar kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) berikutan pengumuman minit mesyuarat bulan Julai Fed.

"Bagaimanapun, pelabur mungkin menantikan musim pelaporan pendapatan akan datang, menumpukan pada saham berpotensi mencatatkan pertumbuhan pendapatan kukuh di bawah persekitaran ini.

"Sementara itu, sektor-sektor seperti pengangkutan dan logistik, pengguna dan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) akan kekal rancak," katanya dalam satu nota hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals menokok 5.0 sen setiap satu, masing-masing mencatatkan harga RM9.02 dan RM8.77, Public Bank meningkat 2.0 sen kepada RM4.67, CIMB naik 1.0 sen kepada RM5.46 manakala IHH Healthcare susut 2.0 sen kepada RM6.48.

Bagi saham aktif, Pegasus Heights lega setengah sen kepada 1.0 sen, MyEG turun 1.5 sen menjadi 79 sen, manakala AGMO Holdings yang mula disenaraikan di Pasaran ACE melonjak 47 sen kepada 73 sen dan Cnergenz meningkat 4.0 sen kepada 76.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 7.84 mata kepada 10,751.68, Indeks FBMT 100 naik 9.45 mata kepada 10,501.60 manakala Indeks FBM Emas Syariah susut 8.10 mata menjadi 10,892.14.

Indeks FBM 70 pula jatuh 21.87 mata kepada 12,744.68 semenatan FBM ACE menambah 33.57 mata kepada 4,982.83.

Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 53.47 mata kepada 16,842.25, Indeks Perladangan susut 4.60 mata menjadi 7,290.12, Indeks Tenaga lemah sedikit sebanyak 0.63 mata kepada 658.97 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.16 mata kepada 183.41. – Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AGMO 0.475
BURSA 7.470
CNERGEN 0.560
FBMKLCI 1547.570
IHH 6.120
PBBANK 4.150
PHB 0.005

Comments

Login to comment.