Pendapatan Optimax melonjak ketara

BeritaHarian Tue, Aug 23, 2022 10:20am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Optimax Holdings Bhd (Optimax), penyedia perkhidmatan pakar mata swasta terkemuka meraih pendapatan RM27.65 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 22, melonjak 53.35 peratus daripada RM18.03 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Berdasar hasil yang diperoleh, untuk sebelum cukai (PBT) dan untung selepas cukai (PAT) menunjukkan peningkatan ketara 135.32 peratus dan 140.54 peratus, masing-masing kepada RM7.00 juta dan RM5.02 juta.

Berdasarkan pembahagian geografi, operasi Semenanjung Malaysia Tengah syarikat kekal sebagai penyumbang pendapatan terbesar kepada RM15.48 juta atau 55.99 peratus daripada jumlah pendapatan bagi suku dikaji.

Semenanjung Malaysia Utara dan Selatan masing-masing menyumbang RM4.90 juta dan RM6.36 juta atau 17.73 peratus dan 23.01 peratus daripada jumlah hasil, manakala Malaysia Timur menyumbang RM905,000 atau 3.27 peratus.

Mengulas mengenai keputusan kewangan, Ketua Pegawai Eksekutif Optimax, Sandy Tan, berkata peningkatan berterusan dalam keputusan kewangan kumpulan didorong oleh pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosial di Malaysia.

"Pertumbuhan ini didorong lagi oleh usaha pemasaran kami yang giat untuk menjangkau pelanggan dengan promosi berterusan untuk perkhidmatan pakar mata kami, termasuk pemberian baucar dan diskaun percuma melalui platform dalam talian.

"Selain itu, langkah kawalan kos yang berkesan telah menyaksikan perbelanjaan kami yang lebih rendah, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan suku tahun kami," katanya.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2022, Optimax meraih pendapatan sebanyak RM50.91 juta, melonjak 56.54 peratus berbanding RM32.52 juta yang dicatatkan dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021.

Bagi tempoh Januari-Jun 2022, PBT dan PAT Optimax melonjak 124.16 peratus dan 129.95 peratus, masing-masing kepada RM11.34 juta dam RM8.05 juta.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

OPTIMAX 0.640

Comments

Login to comment.