Bursa Malaysia susut 15.31 mata lagi

BeritaHarian Wed, Aug 24, 2022 07:00pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu seiring dengan jualan besar-besaran di pasaran serantau apabila pelabur bimbang dengan pengumuman data ekonomi Barat yang lemah manakala kekurangan tenaga akibat kemarau di China menjejaskan lagi sektor industri di republik itu.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 15.31 mata atau 1.03 peratus untuk ditutup kepada 1,467.26 berbanding paras penutup 1,482.57 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.53 mata kepada 1,484.10 pada pagi ini dan bergerak antara paras 1,464.83 dan 1,487.97 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 522 berbanding 349, manakala 390 kaunter tidak berubah, 1,071 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.88 bilion unit bernilai RM1.72 bilion daripada 2.03 bilion unit bernilai RM1.55 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pasaran tempatan terjejas akibat peningkatan risiko serantau dan global serta keadaan yang tidak menentu.

"Kami merasakan sentimen masih tidak menentu buat masa ini walaupun aktiviti membeli saham berharga rendah mungkin muncul memandangkan penilaian menarik ekuiti tempatan, oleh itu, kami menjangka FBM KLCI diniagakan tidak berubah dalam jajaran 1,460-1,480 bagi tempoh berbaki minggu ini.

"Dari segi teknikal, kami mengesan paras sokongan segera pada 1,460 dan paras ketahanan pada 1,500," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Nikkei Jepun 225 turun 0.49 peratus kepada 28,313.47, Kospi Korea Selatan meningkat 0.50 peratus kepada 2,447.45 dan Hang Seng Hong Kong jatuh 1.20 peratus kepada 19,268.74.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.61, CIMB Group naik 8.0 sen kepada RM5.36, manakala Maybank berkurangan dua sen kepada RM8.81, Petronas Chemicals turun enam sen kepada RM8.50, dan IHH Healthcare berkurangan 12 sen kepada RM6.22.

Dalam kalangan kaunter cergas, Metronic naik setengah sen kepada 6.5 sen, Serba Dimanik susut 3.5 sen kepada 4.5 sen, Euro Holdings turun setengah sen kepada 12.5 sen dan Techna-X tidak berubah pada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE berkurangan 16.83 mata kepada 4,874.97, Indeks FBMT 100 turun 87.20 mata kepada 10,190.33, Indeks FBM Emas Syariah susut 144.80 mata kepada 10,503.82, FBM 70 jatuh 30.87 mata kepada 12,601.0, manakala Indeks FBM Emas turun 82.61 mata kepada 10,450.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 12.35 mata kepada 16,550.95, Indeks Perladangan jatuh 199.02 mata kepada 6,860.83, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.53 mata kepada 179.89, manakala Indeks Tenaga turun 5.69 mata kepada 707.19.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 2.11 bilion saham bernilai RM1.5 bilion daripada 1.33 bilion saham bernilai RM1.32 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 420.03 juta unit bernilai RM59.27 juta daripada 367.06 juta unit bernilai RM59.58 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menambah kepada 344.52 juta saham bernilai RM146.23 juta daripada 321.66 juta saham bernilai RM166.68 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 425.81 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (511.0 juta), pembinaan (64.23 juta), teknologi (138.72 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (40.6 juta), hartanah (74.57 juta), perladangan (42.69 juta), REITs (5.95 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (646.79 juta), penjagaan kesihatan (68.46 juta), telekomunikasi dan media (67.28 juta), pengangkutan dan logistik (20.45 juta) dan utiliti (12.40 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
EURO 0.055
FBMKLCI 1544.760
IHH 6.090
PBBANK 4.140
TECHNAX 0.015

Comments

Login to comment.