Perolehan Samaiden lonjak 182 peratus

BeritaHarian Tue, Aug 30, 2022 06:24pm - 1 year View Original


PETALING JAYA: Samaiden Group Bhd (Samaiden) mengumumkan perolehan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun lalu melonjak 182 peratus.

Pakar tenaga boleh diperbaharui (RE) yang terbabit terutamanya dalam kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) sistem fotovoltaik solar (PV) dan loji kuasa berkata, lonjakan itu meningkat kepada RM53.68 juta berbanding RM25.16 juta yang dicatatkan pada suku keempat tahun lalu.

Samaiden mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM4.78 juta untuk suku keempat 2022, iaitu peningkatan sebanyak 104.27 peratus berbanding RM2.34 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Ir Chow Pui Hee berkata, prestasi syarikat untuk tahun kewangan 2022 sebahagian besarnya boleh dikaitkan dengan peningkatan dalam bilangan projek EPCC dan nilai kontrak projek ini.

"Kami akan terus mencari peluang untuk mendapatkan lebih banyak projek EPCC berdasarkan inisiatif kerajaan dalam menggalakkan sumber tenaga mampan serta penggunaan TBB sektor swasta sebagai sebahagian daripada inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) mereka," katanya di sini hari ini.

Bagi tahun penuh berakhir 30 Jun 2022, Samaiden mencatatkan hasil sebanyak RM150.72 juta, iaitu peningkatan sebanyak 182 peratus berbanding RM53.44 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan.

Samaiden mencatatkan keuntungan 103.73 peratus dalam keuntungan sebelum cukai kepada RM16.40 juta pada tahun kewangan 2022 berbanding RM8.05 juta.

Manakala PAT meningkat 101.52 peratus kepada RM11.93 juta pada tahun kewangan 2022 berbanding RM5.92 juta dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Pui Hee berkata, perkhidmatan EPCC menyumbang lebih daripada 95 peratus daripada jumlah hasil Samaiden untuk tahun itu.

Perniagaannya yang lain ialah perundingan alam sekitar dan operasi dan penyelenggaraan.

"Kami optimistik dengan berhati-hati untuk TK2023 kerana kami juga ingin mengembangkan kehadiran kami melalui kerjasama dengan pemegang saham utama kami, Chudenko Corporation, untuk projek di Malaysia dan rantau ini yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

"Kami mempunyai buku pesanan tertunggak sebanyak RM358.0 juta pada 30 Jun 2022 yang akan menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan kami dalam tempoh tiga tahun akan datang." katanya lagi.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

SAMAIDEN 1.350

Comments

Login to comment.