Dagangan Bursa Malaysia bermula positif

BeritaHarian Mon, Sep 05, 2022 10:41am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi Wall Street lemah, didorong oleh momentum pasaran yang positif membawa kepada indeks pengangkutan dan logistik serta telekomunikasi dan media tinggi, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.88 mata kepada 1,493.06 daripada 1,491.18 pada Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.85 mata kepada 1,492.03.

Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 156 berbanding 110 manakala 195 kaunter tidak berubah, 1,825 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 166.70 juta unit bernilai RM46.58 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata DJI Average merosot 338 mata manakala Nasdaq berkurangan 154 mata walaupun hasil untuk tempoh 10 tahun Amerika Syarikat (AS) susut di bawah 3.20 peratus.

Dalam negara, beliau menjangka minat pasaran akan beralih semula kepada sektor pembinaan berikutan laporan spekulasi mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 yang semakin kuat.

"Oleh itu, kami menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,485-1,505 hari ini," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, MISC Bhd naik 17 sen kepada RM7.13, Axiata Group Bhd, Maxis dan Public Bank, masing-masing menambah satu sen kepada RM2.99, RM3.74 dan RM4.68 manakala Maybank meningkat tiga sen kepada RM8.96.

Daripada saham aktif, SNS Network Technology naik satu sen kepada 27.5 sen manakala Vortex, BCM Alliance dan Hextar Industries, masing-masing merosot setengah sen kepada 16 sen, dua sen dan 40.5 sen manakala Serba Dinamik tidak berubah pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 3.72 mata kepada 10,559.25, Indeks FBMT 100 meningkat 4.49 mata kepada 10,314.26, FBM 70 merosot 29.03 mata kepada 12,532.12, FBM ACE berkurangan 18.98 mata kepada 4,787.70 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 6.20 mata kepada 10,593.43.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 9.48 mata kepada 6,948.36 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.06 mata kepada 180.16 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 29.66 mata kepada 16,793.67 dan Indeks Tenaga meningkat 3.29 mata kepada 700.36.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AXIATA 2.550
BCMALL 0.015
BURSA 7.470
FBMKLCI 1547.570
HEXIND 0.345
MAXIS 3.500
MISC 8.010
PBBANK 4.150
SNS 0.350

Comments

Login to comment.