Pertama Digital sasar kitar semula 18.2 juta syiling setahun

BeritaHarian Tue, Sep 06, 2022 01:19pm - 1 year View Original


PETALING JAYA: Pertama Digital Bhd (Pertama Digital) yang disenaraikan di Pasaran Utama, melalui anak syarikatnya DAPAT Vista (M) Sdn Bhd menyasarkan untuk mengedar semula sehingga 18.2 juta keping syiling yang tidak digunakan setiap tahun selaras dengan peralihan negara kepada masyarakat tanpa tunai.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, syiling yang tidak diedarkan telah menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) membelanjakan dana tambahan untuk menempa syiling baharu untuk diedarkan ke dalam ekonomi setiap tahun.

Ini adalah kos yang tidak perlu dan boleh dielakkan yang seterusnya akan menjejaskan baki syiling dalam edaran dan mengehadkan pendapatan boleh guna Rakyat.

Pengarah Strategi Pertama Digita, Saify Akhtar, berkata pihaknya berada dalam kedudukan baik untuk memenuhi dan melengkapkan BNM dalam usaha pengitaran semula syiling mereka dengan menyediakan perkhidmatan penukaran syiling di outlet Penukaran Syiling MyPay milik syarikat itu.

"Kami boleh menarik kemasukan syiling yang tidak dalam edaran daripada orang ramai dan membenarkan mereka memindahkan nilai syiling yang ditukar terus ke dalam akaun mereka melalui perkhidmatan e-pembayaran.

"Kami memacu agenda untuk pembayaran elektronik yang selanjutnya serta usaha penjimatan kos oleh BNM," katanya.

Katanya, sebagai tambahan kepada usaha BNM untuk mengitar semula syiling melalui mesin deposit syiling sedia ada yang digunakan di institusi perbankan runcit, MyPay Coin Conversions bersedia untuk meningkatkan edaran syiling dalam kalangan orang awam Malaysia dengan cara yang unik, pantas dan cekap.

Pertama Digital menganggarkan penjimatan kos tahunan untuk negara sebanyak kira-kira RM128 juta boleh dicapai daripada mengedar semula syiling terbiar sedia ada yang dimiliki oleh orang ramai.

Data tambahan juga mendedahkan bahawa rata-rata orang akan mempunyai syiling bernilai RM300 yang terbiar dan tidak digunakan.

Pengedaran semula syiling menjana penjimatan yang besar untuk negara sambil mencapai hasil positif bersih untuk Rakyat.

Pertama Digital membuka outlet MyPay Coin Conversion pertamanya di Subang Parade, Subang Jaya.

Lokasi baharunya yang terkini, dibuka untuk operasi minggu ini, terletak di Berjaya Times Square di Kuala Lumpur.

Outlet Subang Parade menguruskan kutipan berjumlah RM3.6 juta dari April 2021 hingga Mac 2022 dengan 18 juta keping syiling yang mana semua denominasi berjaya diedarkan semula.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

EDARAN 1.300
PERTAMA 2.250

Comments

Login to comment.