MR DIY buka sesi pengambilan pekerja baharu

HarianMetro Wed, Sep 07, 2022 01:01pm - 3 months View Original


MR DIY Group mengadakan pengambilan pekerja baharu di MR DIY PLUS di Mid Valley Megamall.

Kuala Lumpur: MR DIY Group (M) Bhd, peruncit barangan kelengkapan rumah terbesar di Malaysia membuka permohonan untuk mengisi lebih 1,700 kekosongan jawatan di seluruh negara.

Bagi memudahkan pemohon, syarikat itu akan mengadakan kempen pengambilan pekerja di MR DIY PLUS, Mid Valley Megamall bermula 9 hingga 11 September dari 11 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Permohonan juga diterima secara dalam talian di https://forms.gle/bxHUMTk1PPLRuP1LA atau https://www.mrdiy.com/career.

Peruncit itu menyediakan kekosongan dalam beberapa jawatan, daripada pengurusan kanan dan pertengahan hingga eksekutif dan pegawai di ibu pejabat Seri Kembangan, Selangor hinggalah penyelia, pembantu penyelia, juruwang, promoter dan pembantu cawangan di MR DIY, MR DOLLAR serta MR TOY seluruh negara.

Syarikat turut menerima permohonan di bawah Program Perantis Pengurusan (MAP) dan Program Perantis Penyelia (SAP), dengan graduan yang baru tamat pengajian digalakkan membuat permohonan.

Dalam satu kenyataan, MR DIY berkata ia gembira dapat membuka peluang baharu kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

"MR DIY Group telah berkembang kukuh sejak mula beroperasi pada 2005. Kami kini mempunyai 13,000 pekerja membantu menyampaikan visi menawarkan 'Harga Rendah Setiap Hari' kepada pelanggan di lebih 1,000 cawangan seluruh negara, dengan 180 lagi dijadual akan dibuka tahun ini.

"Kempen pengambilan pekerja ini juga akan memastikan kami terus menyampaikan janji ini sambil pada masa sama menawarkan pendapatan yang stabil, mampan dan peluang kerjaya yang pelbagai kepada bakat Malaysia di seluruh negara. Kami adalah majikan yang menawarkan peluang setara dan mengalu-alukan permohonan daripada semua orang," katanya.

MR DIY berkata, ia turut melaksanakan analisis ketat persekitaran pasaran semasa bagi menentukan ganjaran dan manfaat kepada kakitangan, selain yakin boleh menawarkan yang terbaik untuk calon.

"Pertumbuhan, kestabilan dan jaminan adalah antara faktor yang dicari oleh pencari kerja hari ini dan MR DIY menyediakan semua yang diperlukan.

"Kami juga melabur untuk mengembangkan pekerja dan mempunyai ramai kakitangan yang meningkat daripada eksekutif muda, pembantu runcit dan operator gudang menjadi sebahagian daripada pasukan kepimpinan kanan.

"Inilah cara kami menambah nilai kepada rakyat Malaysia untuk Malaysia, dan kami tidak sabar untuk melakukannya lagi pada tahun-tahun akan datang," katanya.

Pada 2021, MR DIY disenaraikan sebagai satu daripada 113 majikan pilihan dalam kalangan graduan Malaysia dalam Anugerah Pilihan Graduan (GCA) oleh Talentbank, sebuah ekosistem penerokaan kerjaya.

MR DIY dinamakan tiga majikan teratas dalam kategori runcit.

Calon yang berminat menghadiri kempen pengambilan kerja perlu membawa 'curriculum vitae' (CV) terkini, salinan kad pengenalan dan sijil akademik berkaitan bagi temu bual terbuka.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

MRDIY 2.080

Comments

Login to comment.