CME dapat kontrak bekal 150 kereta bomba kompak

BeritaHarian Fri, Sep 09, 2022 07:23pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: CME Group Bhd (CME) melalui anak syarikatnya, CME Edaran Sdn Bhd menerima surat lantikan (LoA) daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk kereta bomba kompak (CFRT) sebanyak 150 unit.

Syarikat penyelesaian berkaitan kebakaran itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, LoA itu adalah untuk pembekalan, penghantaran, pengujian, pentauliahan serta penerimaan CFRT yang lengkap dengan kelengkapan termasuk aksesori bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

"Kontrak sah untuk tempoh 72 bulan dengan nilai RM145.8 juta.

"Tempahan ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 dan seterusnya," katanya.

CME tidak meramalkan sebarang risiko luar biasa selain daripada risiko operasi yang berkaitan dengan pesanan itu.

Menurut syarikat itu lagi, tiada seorang pun pengarah, pemegang saham utama dan individu berkaitan mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung kepada tempahan berkenaan.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 9.920
CME 0.025
EDARAN 1.690

Comments

Login to comment.