SC lulus cadangan penggabungan Digi-Celcom

BeritaHarian Fri, Sep 16, 2022 10:54am - 1 year View Original


H: SC lulus cadangan penggabungan Digi-Celcom

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan cadangan penggabungan antara Digi.Com Bhd dan Celcom Axiata Bhd (Celcom) di bawah terma dan syarat yang tertentu, kata Digi dan Axiata Group Bhd (Axiata).

Menurut makluman Digi kepada Bursa Malaysia, cadangan penggabungan itu membabitkan pemindahan keseluruhan modal saham terbitan Celcom sebanyak 1.24 bilion saham oleh Axiata kepada Digi pada harga RM17.76 bilion, serta penyenaraian tambahan 3.96 bilion saham baharu Digi di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Sementara itu, kedua-dua syarikat telekomunikasi (telco) itu memaklumkan kepada bursa bahawa SC juga telah meluluskan struktur ekuiti Bumiputera dalam Digi berikutan dengan cadangan penggabungan itu.

Menurut Digi, selepas cadangan penggabungan itu, saham terbitan yang diperbesarkan dan diperuntukkan kepada rakyat Malaysia akan meningkat kepada 59.9 peratus daripada 40.4 peratus pada 31 Disember 2021, manakala peruntukan rakyat asing akan menurun daripada 59.6 peratus kepada 40.1 peratus.

Daripada 59.9 peratus saham terbitan yang diperbesarkan untuk rakyat Malaysia, 47.4 peratus akan diperuntukkan kepada bukan Bumiputera berbanding 21.6 peratus sebelum penggabungan, manakala peruntukan Bumiputera akan menjadi 12.5 peratus, turun daripada 18.8 peratus.

"Axiata, yang juga syarikat induk Celcom, adalah sebuah badan korporat bukan milik Bumiputera.

Manakala, kepentingan langsung bukan Bumiputera dalam Digi selepas penggabungan dikira berdasarkan jumlah bilangan saham yang dipegang pada 31 Disember 2021 dan 3.88 bilion saham baharu Digi yang dibayar penuh akan diterbitkan kepada Axiata, kata Digi.

Mengenai kepentingan langsung asing dalam Digi selepas penggabungan, telco itu berkata syarikat induk Digi iaitu Telenor Asia Pte Ltd dikuasai 100 peratus oleh badan korporat asing.

"Kepentingan langsung asing dalam Digi selepas penggabungan dikira dengan jumlah bilangan saham yang dipegang oleh warga asing di Digi setakat tarikh terkini 31 Disember 2021 dan 73.38 juta saham baharu Digi berbayar penuh akan diterbitkan kepada Telenor Asia setelah selesainya cadangan penggabungan itu," tambahnya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AXIATA 2.720
BURSA 7.460
CDB 4.100

Comments

Login to comment.