Bursa Malaysia semakin menjunam

BeritaHarian Thu, Sep 22, 2022 06:45pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan jualan besar-besaran ekuiti global selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan lagi kadar faedah untuk membendung peningkatan inflasi.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.02 mata atau 0.55 peratus kepada 1,439.16 daripada paras penutup 1,447.18 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 2.31 mata kepada 1,444.87, dan bergerak antara paras 1,435.76 dan 1,448.51 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 447 berbanding 372, manakala 424 kaunter tidak berubah, 1,147 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.17 bilion unit bernilai RM1.68 bilion berbanding 2.34 bilion unit bernilai RM1.66 bilion pada Rabu.

Bursa tempatan meneruskan penurunan semalam untuk dibuka rendah hari ini dan kekal negatif hampir sepanjang sesi dagangan dengan sentimen masih kekal berhati-hati selepas kenaikan kadar 75 mata asas oleh Fed.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks utama serantau juga ditutup rendah susulan petunjuk negatif daripada Wall Street semalaman.

"Sentimen juga terjejas akibat daripada peningkatan situasi perang Russia-Ukraine.

"Di pasaran tempatan, kami percaya sentimen pasaran jangka pendek kekal berhati-hati dengan kemeruapan tinggi akibat daripada ketidaktentuan dalam ekuiti global.

"Kami mengunjurkan FBM KLCI akan mengalami turun naik kerana paras sokongan pada 1,450 telah dilepasi dan paras sokongan seterusnya diunjurkan pada 1,430 diikuti pada 1,400 manakala paras ketahanan pada 1,480," katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun turun 0.58 peratus kepada 27,153.83, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 1.61 peratus kepada 18,147.95, Kospi Korea Selatan jatuh 0.63 peratus kepada 2,332.31, Indeks SSE Shanghai berkurangan 0.27 peratus kepada 3,108.91 manakala Indeks Straits Times Singapura naik 0.04 peratus kepada 3,263.24.

Di bursa tempatan, dalam kalangan saham wajaran tinggi Maybank turun dua sen kepada RM8.71, Public Bank susut satu sen kepada RM4.39 dan Petronas Chemicals jatuh 11 sen kepada RM8.50. CIMB berkurangan tujuh sen kepada RM5.38 dan IHH Healthcare turun 10 sen kepada RM6.

Dalam kalangan saham cergas, Top Glove turun 1.5 sen kepada 63 sen, Vinvest berkurangan empat sen kepada 19 sen, RGB International naik satu sen kepada 14 sen dan Ecoscience meningkat 1.5 sen kepada 31.5 sen manakala Sapura Energy tidak berubah pada empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 36.54 mata kepada 10,293.55, Indeks FBMT 100 jatuh 38.38 mata kepada 10,032.25 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 31..67 mata kepada 10,358.22.

FBM ACE naik 40.53 mata kepada 4,818.65 dan FBM 70 meningkat 21.75 mata kepada 12,554.30.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga turun 5.71 mata kepada 719.87, Indeks Perladangan susut 1.13 mata kepada 6,844.69, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 65.40 mata kepada 16,334.45 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.44 mata kepada 174.24.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 1.29 bilion saham bernilai RM1.32 bilion daripada 1.59 bilion saham bernilai RM1.40 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 232.67 juta unit bernilai RM34.08 juta daripada 224.96 juta unit bernilai RM34.11 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 646.22 juta saham bernilai RM320.02 juta daripada 528.82 juta saham bernilai RM227.60 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 232.42 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (322.66 juta), pembinaan (30.96 juta), teknologi (86.17 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (57.01 juta), hartanah (96.09 juta), perladangan (18.47 juta), REITs (8.38 juta), dana tertutup (6,000), tenaga (225.88 juta), penjagaan kesihatan (133.37 juta), telekomunikasi dan media (23.30 juta), pengangkutan dan logistik (39.72 juta) dan utiliti (13.50 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
FBMKLCI 1569.250
IHH 6.250
PBBANK 4.230
RGB 0.400
SAPNRG 0.045

Comments

Login to comment.