Bursa Malaysia susut 11.94 mata lagi

BeritaHarian Mon, Sep 26, 2022 07:44pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi bursa serantau lain di tengah-tengah sentimen lemah di seluruh dunia, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.94 mata atau 0.84 peratus kepada 1,413.04 daripada paras penutup 1,424.98 pada Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran turun 1.15 mata pada paras intra hari tertinggi pada 1,423.83 dan mencatatkan paras intra hari terendah pada 1,411.48 dalam dagangan awal.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 780 berbanding 164, manakala 321 kaunter tidak berubah, 1,132 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.12 bilion unit bernilai RM1.85 bilion berbanding 1.84 bilion unit bernilai RM1.57 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks serantau keseluruhannya ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan berterusan terhadap kemelesetan global.

Beliau berkata, kebimbangan terhadap prospek ekonomi global terus menjejaskan pasaran ekuiti selepas kenaikan kadar faedah yang agresif oleh bank pusat di seluruh dunia.

"Kami kekal mengambil pendekatan berhati-hati dan percaya hala tuju pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini masih sangat bergantung kepada faktor global. Bagaimanapun, kami berpandangan pasaran tempatan terlebih jualan, yang seterusnya menyediakan peluang bagi pelabur untuk mengumpul saham pada paras menarik memandangkan penilaian murahnya.

"Kami menjangkakan indeks itu berada dalam jajaran 1,410 dan 1,440 bagi minggu ini dengan paras sokongan segera pada 1,410 dan paras ketahanan pada 1,465," katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun turun 2.66 peratus kepada 26,431.55, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.44 peratus kepada 17,855.14 dan Indeks Straits Times Singapura jatuh 1.31 peratus kepada 3,183.69.

Sementara itu, dalam kalangan kaunter wajaran tinggi di Bursa Malaysia, IHH Healthcare meningkat 15 sen kepada RM5.95, TNB tidak berubah pada RM8.70 dan Maybank menguncup 10 sen kepada RM8.59.

Public Bank turun enam sen kepada RM4.28, Petronas Chemicals susut 3.0 sen kepada RM8.32 dan CIMB berkurangan 9.0 sen kepada RM5.30.

Dalam kalangan kaunter cergas, Aimflex tidak berubah pada 15 sen, Velesto dan TA Win turun satu sen setiap satu masing-masing kepada 12 sen dan 5.0 sen, manakala Hibiscus Petroleum susut empat sen kepada 86 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 103.68 mata kepada 10,093.70, FBM 70 berkurangan 161.52 mata kepada 12,270.27 dan Indeks FBMT 100 turun 94.16 mata kepada 9,839.46.

Indeks FBM Emas Shariah turun 86.24 mata kepada 10,151.96 dan FBM ACE jatuh 105.51 mata kepada 4,661.12.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga turun 30.29 mata kepada 682.35, Indeks Perladangan menyusut 162.54 mata kepada 6,602.17, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 179.38 mata kepada 16,089.19 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 2.30 mata kepada 169.90.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 1.42 bilion saham bernilai RM1.64 bilion daripada 1.29 bilion saham bernilai RM1.37 bilion.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 272.54 juta unit bernilai RM43.63 juta daripada 197.29 juta unit bernilai RM29.44 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 422.84 juta saham bernilai RM162.81 juta daripada 353.22 juta saham bernilai RM177.11 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 209.17 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (362.21 juta), pembinaan (33.56 juta), teknologi (138.14 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (90.10 juta), hartanah (88.25 juta), perladangan (31.69 juta), REITs (75.25 juta), dana tertutup (4,800), tenaga (264.90 juta), penjagaan kesihatan (110.05 juta), telekomunikasi dan media (25.64 juta), pengangkutan dan logistik (40.25 juta) dan utiliti (21.95 juta).

- BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AIMFLEX 0.155
BURSA 7.450
FBMKLCI 1561.640
HIBISCS 2.710
IHH 6.240
PBBANK 4.210

Comments

Login to comment.