Pengarah asing Pertama Digital letak jawatan

BeritaHarian Mon, Sep 26, 2022 09:41pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Pertama Digital Bhd (Pertama Digital) mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Asing yang berpangkalan di China, Pan Ding dan Pan Dong daripada Lembaga Pengarah berkuatkuasa 22 September 2022.

Dalam satu kenyataan, Pertama Digital mengesahkan bahawa kedua-dua pengarah asing yang meletak jawatan itu tidak mempunyai sebarang perselisihan faham dengan Lembaga Pengarah kumpulan dan mereka tidak mempunyai perkara berbangkit untuk dibawa kepada perhatian pemegang saham kumpulan.

Ogos lalu, Pertama Digital menerima undian sokongan yang menggalakkan daripada pemegang sahamnya untuk penjualan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam anak syarikat tekstilnya yang berpangkalan di China, BeTop Group Limited pada harga RM70 juta.

"Dengan proses peralihan pemilikan dan pengurusan kini sudah lengkap, Pertama Digital bergerak ke hadapan sebagai syarikat senaraian awam dimiliki dan dikendalikan oleh majoriti tempatan sepenuhnya di Bursa Malaysia.

"Perancangan sedang dijalankan untuk mengukuhkan lagi komposisi Lembaga Pengarah Pertama Digital untuk menjadi peserta perkhidmatan digital yang sebenar. Sebahagian daripada rancangan korporat baharu dan dipertingkatkan Kumpulan adalah untuk mengklasifikasikan semula sebagai syarikat perniagaan digital dan patuh Syariah bagi menarik peluang perniagaan baharu daripada rakan kongsi dan minat perniagaan tempatan serta antarabangsa," demikian menurut Pertama Digital.

Kumpulan baru-baru ini melantik Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani sebagai Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarahnya.

Datuk Seri Dr Nik kini ialah Pengerusi dan Rakan Kongsi Kanan Zaid Ibrahim & Co, adalah ahli sebuah firma undang-undang ZICO Law.

Pertama Digital berkata, pelantikan sedemikian bersama-sama Pengarah sedia ada kumpulan akan memperkemaskan barisan Lembaga Pengarah yang kukuh dan berwibawa ketika syarikat membuka laluannya menuju ke hadapan.

Pengarah Strategi Pertama Digital Pertama Digital, Saify Akhtar, berkata syarikat terus komited dan fokus untuk membina Pertama Digital baharu, dimantapkan dengan watak korporat yang kukuh dan dilengkapi dengan kekuatan operasi utama dalam menunaikan janjinya untuk mengubah pendekatan oleh agensi kerajaan dan syarikat dalam menyampaikan penyelesaian digital yang penting kepada orang ramai.

"Kami akan terus menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan digital yang pantas, kemas dan perlu pada model hasil bayar untuk prestasi dengan agensi dan syarikat tempatan serta mengunapakai ia kepada pasaran baru muncul lain seperti Indonesia, Bangladesh dan Nigeria", katanya.

"Peninjauan aktif sasaran pengambilalihan dalam sektor teknologi kerajaan terus menjadi kepentingan utama serta kumpulan mencapai kemajuan dalam pembentukan 'neobank' pertama Malaysia dengan kerjasama bank penyandang.

"Sebagai sebahagian daripada fokusnya untuk menyediakan penyelesaian digital untuk Rakyat, Kumpulan semalam melancarkan kempen kesedaran Perlindungan Tenang untuk meningkatkan langganan kumpulan B40 bagi skim perlindungan yang diperkenalkan oleh kerajaan," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
PERTAMA 2.500

Comments

Login to comment.