Takaful Malaysia dipilih syarikat paling cemerlang di Malaysia

HarianMetro Tue, Sep 27, 2022 04:49pm - 2 months View Original


Nor Azman (dua dari kiri); Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am, Sabri Mohamed Ramli (dua dari kanan), bersama Pengarang Asiamoney, Rashmi Kumar dan Timbalan Pengarang Asiamoney, Manju Dalal pada majlis penganugerahan.

Kuala Lumpur: Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) telah dipilih sebagai Syarikat Paling Cemerlang di Malaysia bagi

kategori sektor insurans dalam Tinjauan Syarikat Cemerlang Asiamoney 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, pihaknya amat berbesar hati diundi sebagai pemenang dan dianugerahkan Syarikat Paling Cemerlang di Malaysia bagi Kategori

Insurans.

"Anugerah ini adalah bukti komitmen dan kesungguhan kami ke arah prestasi kewangan yang kukuh, kecemerlangan pasukan pengurusan, perhubungan pelabur yang dinamik dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang memberi impak kepada penerima.

"Pengiktirafan ini adalah khas untuk semua kakitangan di atas dedikasi dan semangat berpasukan mereka dalam memenuhi keperluan pelanggan dan mencapai matlamat perniagaan yang telah ditetapkan.

"Memenangi anugerah itu memberi kelebihan kepada kami untuk menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan di kalangan orang ramai terhadap jenama kami sebagai nama isi rumah untuk penyelesaian perlindungan.

"Kami akan terus memberi tumpuan dan berikan yang terbaik dalam

apa yang kami lakukan iaitu menyediakan penyelesaian takaful yang komprehensif dan inovatif melalui pelbagai saluran pengedaran disamping mencapai nilai pemegang kepentingan jangka panjang dan kemampanan yang lebih lestari," katanya dalam kenyataan.

Asia's Outstanding Companies Poll adalah tinjuan untuk mengiktiraf syarikat awam yang cemerlang dalam prestasi kewangan, pasukan pengurusan, perhubungan pelabur dan inisiatif CSR.

Hampir 958 pengurus dana, penganalisis, jurubank dan penganalisis penyelidikan mengambil bahagian dalam pengundian ini yang berakhir pada 15 Julai 2022.

Sebanyak 176 syarikat diiktiraf sebagai yang paling cemerlang

untuk sektor dan pasaran mereka.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

TAKAFUL 3.500

Comments

Login to comment.