Untung bersih Poh Kong melonjak kepada RM92.2 juta

BeritaHarian Tue, Sep 27, 2022 09:59pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Poh Kong Holdings Bhd melonjak kepada RM92.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2022 daripada RM36.76 juta sebelumnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata pendapatan turut meningkat kepada RM1.36 bilion daripada RM903.1 juta sebelumnya.

Sementara itu, bagi suku keempat tahun kewangan 2022, kumpulan kembali mencatatkan keuntungan bersih RM29.84 juta berbanding kerugian bersih RM13.26 juta pada suku sama 2021.

Syarikat turut mengisytiharkan dividen interim peringkat tunggal satu sen bagi setiap saham biasa bagi tahun kewangan 2022, berjumlah RM4.1 juta yang akan dibayar pada 30 November 2022.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.450
POHKONG 0.930

Comments

Login to comment.