Takaful Malaysia dipilih Syarikat Paling Cemerlang Asiamoney

BeritaHarian Wed, Sep 28, 2022 04:18pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) dipilih sebagai Syarikat Paling Cemerlang di Malaysia bagi kategori sektor insurans dalam Tinjauan Syarikat Cemerlang Asiamoney 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal, berkata pihak syarikat amat berbesar hati diundi sebagai pemenang dan dianugerahkan Syarikat Paling Cemerlang di Malaysia bagi Kategori Insurans.

Anugerah itu, tambahnya adalah bukti komitmen dan kesungguhan kami ke arah prestasi kewangan yang kukuh, kecemerlangan pasukan pengurusan, perhubungan pelabur yang dinamik dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang memberi impak kepada penerima.

"Pengiktirafan ini adalah khas untuk semua kakitangan di atas dedikasi dan semangat berpasukan mereka dalam memenuhi keperluan pelanggan dan mencapai matlamat perniagaan yang telah ditetapkan.

"Memenangi anugerah itu memberi kelebihan kepada kami untuk menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan di kalangan orang ramai terhadap jenama kami sebagai nama isi rumah untuk penyelesaian perlindungan.

Kami akan terus memberi tumpuan dan berikan yang terbaik dalam apa yang kami lakukan – menyediakan penyelesaian takaful yang komprehensif dan inovatif melalui pelbagai saluran pengedaran disamping mencapai nilai pemegang kepentingan jangka panjang dan kemampanan yang lebih lestari," kata Nor Azman Zainal dalam satu kenyataan.

Asia's Outstanding Companies Poll adalah tinjuan untuk mengiktiraf syarikat awam yang cemerlang dalam prestasi kewangan, pasukan pengurusan, perhubungan pelabur dan inisiatif CSR.

Hampir 958 pengurus dana, penganalisis, jurubank dan penganalisis penyelidikan mengambil bahagian dalam pengundian yang berakhir pada 15 Julai 2022.

Sejumlah 176 syarikat diiktiraf sebagai yang paling cemerlang untuk sektor dan pasaran mereka.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

TAKAFUL 3.550

Comments

Login to comment.