AME sasar jualan hartanah perindustrian RM250 juta

BeritaHarian Wed, Sep 28, 2022 05:06pm - 1 year View Original


JOHOR BHARU: AME Elite Consortium Bhd (AME) optimis dapat meraih jualan hartanah perindustrian bernilai kira-kira RM250 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 202, didorong oleh peningkatan pelaburan langsung asing dan domestik bagi taman-taman perindustriannya.

Pengarah Urusan Kumpulan AME Kelvin Lee Chai berkata keupayaan kumpulan mencapai jualan lebih tinggi bagi tahun kewangan 2022 dalam situasi penutupan sempadan antarabangsa, membuktikan permintaan positif bagi taman perindustrian bersepadu yang diurus secara berkesan.

Menurutnya, Johor yang menjadi lokasi taman-taman perindustrian kumpulan itu, turut menjadi penerima pelaburan diluluskan tertinggi menerusi pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia bagi separuh pertama tahun ini dan sekali gus terus memperkukuh prospeknya.

"Pembukaan semula sempadan antarabangsa sejak April 2022 itu menyumbang dari segi peningkatan pertanyaan selain pelaburan dari dalam Malaysia serta sekitar Asia.

"Kami yakin ini akan meningkatkan lagi prospek kumpulan bagi tahun kewangan 2023," katanya dalam satu kenyataan.

Lee berkata, sasaran jualan kumpulan bagi tahun kewangan 2023 itu adalah lebih tinggi daripada RM168.4 juta yang diraih pada tahun kewangan 2022.

Syarikat penyedia penyelesaian ruang perindustrian bersepadu itu telah memperoleh jualan baharu bernilai RM64.8 juta selain RM124.6 juta bagi tempahan hartanah di taman perindustriannya dalam suku pertama berakhir 30 Jun 2022.

Jumlah keseluruhan sebanyak RM189.4 juta itu juga mewakili bahagian sumbangan yang besar bagi sasaran jualan tahun kewangan 2023, kata kumpulan berkenaan.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AME 1.760

Comments

Login to comment.