Gadang dapat kontrak JKR bernilai RM188.8 juta

BeritaHarian Thu, Sep 29, 2022 09:38pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Unit milik penuh Gadang Holdings Bhd, Gadang Engineering (M) Sdn Bhd memperoleh kontrak daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bernilai RM188.8 juta.

Kontrak itu adalah bagi projek yang dikenali sebagai Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur.

"Kontrak itu akan bermula selepas pemilikan tapak pada 12 Disember 2022 dan dijangka selesai pada 6 Oktober 2026," kata syarikatnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Syarikat itu berkata, kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan Gadang sepanjang tempoh kontrak.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
GADANG 0.390

Comments

Login to comment.