Duopharma Biotech bekal insulin RM375.17 juta untuk KKM

BeritaHarian Fri, Sep 30, 2022 07:30pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Duopharma Biotech Bhd dan kerajaan memeterai perjanjian untuk mendapatkan ubat insulin melalui rundingan terus dengan harga RM375.17 juta, menurutnya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Anak syarikat milik penuhnya, Duopharma Marketing Sdn Bhd (DMktg) akan membekal serta menghantar produk itu kepada Kementerian Kesihatan manakala Biocon Sdn Bhd, selaku pengeluar akan membungkus dan melabelkan produk di bawah perjanjian itu.

Formulasi insulin manusia Biocon akan dibekalkan kepada semua hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pejabat kesihatan daerah dan klinik kesihatan.

Perjanjian tiga tahun itu bermula pada 29 April 2022 hingga 28 April 2025.

Ia boleh dilanjutkan berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui oleh pihak-pihak berkaitan.

Malaysia mempunyai kira-kira 3.9 juta pesakit kencing manis, dengan 420,000 menggunakan insulin manusia dari hospital dan klinik kerajaan.

DMktg dan Biocon berharap dapat meningkatkan pengurusan diabetes di negara ini dengan menyediakan insulin biosimilar berkualiti tinggi serta kos efektif.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
DPHARMA 1.190

Comments

Login to comment.