Subsidi bersasar jamin tidak berlaku ketirisan

HarianMetro Tue, Oct 04, 2022 07:00am - 1 year View Original


SUBSIDI bersasar perlu diberi penekanan dalam pembentangan Bajet 2023 yang berlangsung Jumaat ini untuk memastikan tiada ketirisan berlaku.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, melalui pemberian subsidi bersasar, kumpulan sasaran memperoleh manfaat sepatutnya.

"Paling penting bajet diumumkan kelak harus seimbang supaya kerajaan dapat melaksanakan perbelanjaan mereka dan juga menjaga kebajikan rakyat.

"Sudah tentu sebagai peniaga kami gembira jika subsidi diberikan, tetapi untuk impak jangka panjang kita perlu risau kerana subsidi sekarang dapat dinikmati semua golongan termasuk kategor5i T20.

"Kerajaan juga kena melihat semula rantaian bekalan kerana tidak guna subsidi diberi, contoh, untuk telur bekalan sekarang tidak cukup, menyebabkan pengguna membeli telur ayam kampung atau Omega yang harganya lebih mahal.

"Jadi ini menyusahkan rakyat sedangkan kerajaan beri subsidi untuk menolong rakyat. Oleh itu, subsidi bersasar perlu diberi kepada kumpulan sasaran seperti golongan B40 dan M40 yang terkesan," katanya selepas pelancaran Sinaran Deepavali Mydin di sini, kelmarin.

Sementara itu, mengulas kempen Sinaran Deepavali Mydin yang berlangsung sehingga 2 November 2022, Ameer Ali berkata, pasar raya besar itu menjalin kerjasama strategik dengan rakan pembekal syarikat Trichy bagi memeriahkan sambutan dengan merencana pelbagai aktiviti serta promosi menarik sepanjang kempen berlangsung.

Antara aktiviti dijangka menarik perhatian ialah dekorasi perhiasan kolam, pemberian manisan ladu, kiosk jualan makanan tradisi masyarakat India iaitu Pani Puri serta pelbagai lagi.

Selain itu, Mydin menawarkan pelbagai barangan keperluan masakan dengan harga istimewa.

"Negara kita majmuk dan kaya dengan pelbagai budaya, perayaan dan fahaman agama. Mydin menjadi pusat sehenti beli-belah yang kerap dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat tidak kira Melayu, Cina, India dan etnik lain.

"Bagi menghargai pelanggan kami, setiap sambutan perayaan diraikan dengan dekorasi, promosi dan pelbagai aktiviti yang meriah," katanya.

Mydin dan Trichy turut melancarkan program masakan 15 Resipi Vegetarian yang dibawakan khas oleh tukang masak terkenal tempatan, Chef Dave daripada Vegan Journey Malaysia.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.