Roti dari gandum ungu Kanada

HarianMetro Tue, Oct 04, 2022 07:01am - 1 year View Original


GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd komited membuktikan serius dalam menghasilkan produk makanan sihat apabila memperkenalkan roti gandum penuh dan roti mil penuh dengan gandum ungu Kanada dalam penjenamaan semula di bawah jenama Gardenia Breakthru.

Dua produk baharu itu insiatif syarikat pengeluar roti terbabit bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap roti bijirin menyihatkan.

Roti Gardenia Breakthru mengandungi lapan kebaikan nutrisi dan berkhasiat dan paling penting formula penghasilannya diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries Ena Suhaila Abas berkata, Gardenia Breakthru memenuhi citarasa rakyat di negara ini apabila mereka mengamalkan gaya hidup sihat dengan menitik berat kandungan makanan seharian.

"Gardenia Breakthru bukan saja memenuhi standard ketat KKM namun diterima semua pengguna yang mengamalkan gaya hidup sihat terutama golongan ibu yang mahu menjaga kesihatan keluarga atau individu aktif yang mahukan pemakanan sihat,"katanya.

Beliau berkata, demikian pada Majlis Pelancaran Gardenia Breakthru dan juga pelantikan jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang sebagai duta produk berkenaan, di sini, semalam.

Selain itu, Ena Suhaila berkata, produk berkenaan diedarkan ke pasaran di seluruh Semenanjung Malaysia dalam tempoh terdekat, sekali gus orang ramai boleh mendapatkannya di kedai runcit berhampiran.

Sementara itu, Azizul berkata, peluang bekerjasama dengan jenama yang mempunyai falsafah sama dengan dirinya dalam mencapai kejayaan sebagai pelumba basikal profesional

"Saya harap rakyat di negara ini mengamalkan semangat breakthrough bersama kami. Saya percaya, setiap individu perlu harungi cabaran dalam hidup masing-masing untuk mencapai kejayaan," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.