Dagangan Bursa Malaysia bermula positif

BeritaHarian Wed, Nov 02, 2022 10:41am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, disokong oleh harga minyak yang lebih kukuh dan aktiviti memburu saham berharga murah, kata peniaga.

Selain itu, pelabur turut menantikan keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dijadualkan lewat hari ini serta mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu dan Khamis minggu ini.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.50 mata kepada 1,450.42 daripada 1,445.92 penutup Selasa.

Indeks utama dibuka pada paras 1,450.98, meningkat 5.06 mata pagi ini.

Pergerakan harga di pasaran positif, menyaksikan saham untung mengatasi saham rugi dengan 120 berbalas 103 manakala 191 kaunter tidak berubah, 1,904 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 93.89 juta unit bernilai RM45.59 juta.

Wall Street ditutup rendah berikutan pengeluaran data pekerjaan AS yang lebih baik daripada jangkaan dan ini telah menjejaskan harapan untuk membolehkan Rizab Persekutuan melonggarkan pendiriannya terhadap kenaikan kadar.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) susut 0.24 peratus untuk ditutup pada 32,653.20, manakala S&P500 turun 0.41 peratus menjadi 3,856.10 dan Komposit Nasdaq lemah 0.89 peratus kepada 10,890.85.

Justeru, menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, DJIA kehilangan 80 mata selepas pembukaan kukuh, manakala Nasdaq merosot 97 mata kerana hasil 10 tahun AS kekal pada paras 4.05 peratus.

Di pasaran tempatan, FBM KLCI telah kerugian 20 mata sepanjang dua hari dagangan dan firma pembrokeran itu menjangkakan kemunculan beberapa aktiviti memburu saham murah walaupun sentimen pasaran masih berhati-hati.

"Untuk hari ini, kami mengunjurkan indeks berlegar dalam julat 1,440-1,455 dengan minat belian tertumpu pada saham perladangan," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Ia menambah, minyak sawit mentah melonjak melepasi paras RM4,200 satu tan apabila Indonesia menaikkan harga rujukan eksportnya manakala minyak mentah Brent meningkat kepada hampir AS$95 setong disebabkan paras inventori yang lebih rendah.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan Sime Darby Plantation naik 2.0 sen setiap satu kepada RM8.56 dan RM4.35.

Kedua-dua Public Bank dan MISC tidak berubah pada RM4.41 dan RM7.20, manakala Hong Leong Bank turun 6.0 sen kepada RM20.82.

Antara saham aktif pula, Shin Yang Shipping turun 2.0 sen untuk mencatatkan paras 87 sen, KNM menambah setengah sen menjadi 4.5 sen, dan Hibiscus menokok 1.5 sen kepada RM1.01, sementara SNS Network dan MNC Wireless tidak berubah pada 23.5 sen dan 1.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 26.52 mata kepada 10,293.65, FBM 70 memperoleh 16.61 mata kepada 12,225.19 dan Indeks FBMT 100 meningkat sebanyak 27.05 mata menjadi 10,029.17.

Indeks FBM Emas Syariah pula mengukuh 27.03 mata kepada 10,362.73 dan FBM ACE naik 0.10 mata menjadi 4,878.12.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga 3.32 mata lebih tinggi untuk merekodkan paras 698.82, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 29.49 mata kepada 16,341.79, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.76 mata kepada 175.43, dan Indeks Perladangan, Indeks Perladangan peroleh 30.21 mata menjadi 6,823.14.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.470
FBMKLCI 1547.570
HLBANK 19.500
MISC 8.010
MNC 0.125
PBBANK 4.150
SIMEPLT 4.460

Comments

Login to comment.