Saham perbankan dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi

BeritaHarian Fri, Nov 04, 2022 10:30am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Minat belian baharu yang mendorong keuntungan dalam saham perbankan memacu Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Jumaat, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.27 peratus kepada 1,424.21 mata.

Pada 9.06 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI memperoleh 3.83 mata berbanding paras 1,420.38 pada penutup Khamis.

Pasaran tempatan memulakan urus niaga pagi ini pada paras 1,425.42, mengukuh 5.14 mata.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 140 berbalas 105, manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,877 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 99.98 juta unit bernilai RM42.51 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, ekuiti tempatan kemungkinan menyaksikan peningkatan terhad hari ini apabila sentimen berubah berhati-hati walaupun beberapa aktiviti memburu saham berharga murah dijangka muncul.

Sementara itu, beliau berkata suasana tidak menentu terus dialami Wall Street dengan ketiga-tiga indeks utama ditutup lebih rendah kerana peniaga masih mencerna pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengenai kenaikan kadar faedah.

"Disebabkan itu, Purata Perindustrian Dow Jones merosot 146 mata manakala Nasdaq jatuh 182 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat lebih tinggi kepada 4.15 peratus," katanya kepada Bernama.

Di pasaran domestik, beliau mengunjur FBM KLCI berlegar pada julat 1,415-1,425 hari ini dengan beberapa tahap pengumpulan dilihat dalam saham perbankan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia - Hong Leong Bank naik 34 sen kepada RM20.78, Maybank menambah enam sen menjadi RM8.47, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.38, RHB Bank lebih tinggi empat sen untuk mencatatkan harga RM5.52, dan IHH Healthcare megembang lima sen kepada RM5.96.

Bagi saham aktif, Citaglobal dan Green Packet masing-masing tidak berubah pada 29 sen dan empat sen, manakala Awanbiru Technology naik 1.5 sen kepada 51 sen, SNS Network dan Tanco masing-masing peroleh setengah sen kepada 23.5 sen dan 41 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 21.41 mata kepada 10,124.93, FBM 70 meraih 12.29 mata kepada 12,071.99, dan Indeks FBMT 100 meningkat 22.68 mata kepada 9,860.87.

Sementara itu, indeks FBM Emas Syariah meningkat 8.05 mata kepada 10,166.60 tetapi FBM ACE susut sebanyak 1.94 mata kepada 4,884.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 88.21 mata menjadi 16,143.85, Indeks Tenaga 3.03 mata lebih kukuh pada 711.07, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.16 mata menjadi 172.10, dan Indeks Perladangan merosot 20.76 mata kepada 6,696.27.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AWANTEC 0.275
BURSA 7.470
CITAGLB-PA 1.200
FBMKLCI 1571.480
GPACKET 0.040
HLBANK 19.480
IHH 6.250
PBBANK 4.240
RHBBANK 5.510

Comments

Login to comment.