Bursa Malaysia melantun semula ditutup tinggi

BeritaHarian Fri, Nov 04, 2022 08:34pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Pasaran saham Malaysia melonjak hari ini, ditutup pada paras tertinggi harian dalam persekitaran prestasi serantau yang menggalakkan didorong oleh harapan bahawa China akan melonggarkan sekatan COVID-19 yang ketat tidak lama lagi, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 17.90 mata atau 1.26 peratus, untuk ditutup kepada paras tertinggi harian pada 1,438.28 daripada 1,420.38 pada Khamis.

Pasaran dibuka tinggi 5.14 mata kepada 1,425.52 dan mencecah paras terendah pada 1,422.08.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 588 berbanding 269 manakala 391 kaunter tidak berubah, 1,078 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.39 bilion unit bernilai RM1.72 bilion daripada 2.63 bilion unit bernilai RM1.89 bilion pada Khamis.

Penganalisis Kanan Malacca Securities Sdn Bhd, Kenneth Leong, berkata FBM KLCI mencatatkan peningkatan semula hari ini dengan lebih dua pertiga daripada komponen indeks utama ditutup tinggi.

"Langkah positif itu sebahagian besarnya sejajar dengan kenaikan di pasaran serantau yang didorong oleh keyakinan bahawa China dijangka melonggarkan langkah ketat COVID-19," katanya.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng bersetuju, menyatakan kelonggaran sekatan COVID-19 di China adalah dijangka, yang akan meningkatkan aktiviti ekonomi di ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Maybank dan Press Metal, masing-masing menambah 4.0 sen kepada RM8.45 dan RM4.39 manakala IHH Healthcare naik 13 sen kepada RM6.04, Kuala Lumpur Kepong merosot 4.0 sen kepada RM20.92.

Public Bank dan Telekom Malaysia, masing-masing tidak berubah pada RM4.36 dan RM5.35.

Dalam kalangan saham aktif, Citaglobal menambah 1.5 sen kepada 30.5 sen, Top Glove naik 4.5 sen kepada 76.5 sen dan Awanbiru Technology tidak berubah pada 49.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 113.97 mata kepada 10,217.49, FBM 70 meningkat 82.43 mata kepada 12,142.13 dan Indeks FBMT 100 menambah 110.72 mata kepada 9,948.92.

Indeks FBM Emas Shariah melonjak 168.54 mata kepada 10,327.09 manakala FBM ACE menambah 32.75 mata kepada 4,919.18.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 37.05 mata kepada 16,092.69, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.52 mata kepada 173.78 dan Indeks Perladangan menambah 103.99 mata kepada 6,821.02.

Indeks Tenaga naik 17.24 mata kepada 725.28.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.53 bilion saham bernilai RM1.47 bilion daripada 1.84 bilion saham bernilai RM1.63 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 406.11 juta unit bernilai RM94.98 juta daripada 244.84 juta unit bernilai RM49.21 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 438.38 juta saham bernilai RM153.12 juta daripada 537.29 juta saham bernilai RM209.44 juta sebelum ini.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 191.52 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (522.30 juta), pembinaan (66.29 juta), teknologi (130.57 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (76.96 juta), hartanah (137.10 juta), perladangan (28.78 juta), REIT (5.30 juta), dana tertutup (100,200), tenaga (164.49 juta), penjagaan kesihatan (148.39 juta), telekomunikasi dan media (18.51 juta), pengangkutan dan logistik (32.76 juta) dan utiliti (10.13 juta).

-- BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AWANTEC 0.220
CITAGLB-PA 1.200
FBMKLCI 1547.570
IHH 6.120
KLK 22.860
PBBANK 4.150
TM 6.070

Comments

Wilson Ooi
Like · Reply
神经病啊你。。。。。。发那么多

Login to comment.