ACME, KKMBPB bangun tanah RM1.4 bilion di Pulau Pinang

BeritaHarian Mon, Nov 07, 2022 09:06pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh ACME Holdings Bhd, Ayana Bayu Sdn Bhd (ABSB) dan Koperasi Kampung Melayu Balik Pulau Bhd (KKMBPB) akan bersama-sama membangunkan tujuh bidang tanah di Pulau Pinang menjadikannya sebuah pembangunan bersepadu pelbagai fasa dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.4 bilion.

Susulan daripada cadangan pembangunan bersama itu, ABSB dan KKMBPB telah memeterai satu perjanjian usaha sama (JVA), kata ACME dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Jumlah keluasan bagi kesemua tujuh bidang tanah itu adalah kira-kira 72.17 hektar.

ACME berkata, kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa pembangunan JV tanah berkenaan adalah atas dasar perkongsian sebanyak 17 peratus daripada GDV itu kepada KKMBPB, manakala 83 peratus pula kepada ABSB.

"JVA ini membolehkan ACME dan anak-anak syarikatnya menjalankan pembangunan berkenaan di sekitar Pulau Pinang.

"Pembangunan bersepadu pelbagai fasa itu boleh menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan kumpulan dalam operasi perniagaan, pada masa hadapan," katanya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ACME 0.180
BURSA 7.460

Comments

Login to comment.