Bursa Malaysia teruskan momentum peningkatan

BeritaHarian Tue, Nov 08, 2022 10:24am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka lebih tinggi hari ini di tengah-tengah prestasi positif bursa serantau yang lain, didorong minat belian tanpa henti dalam saham-saham tenaga, pengangkutan dan logistik, kata seorang peniaga.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.68 mata kepada 1,442.80 daripada 1,442.12 pada penutupan Isnin.

Indeks utama itu memulakan urus niaga pagi ini dengan mengukuh 5.0 mata pada 1,447.12.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 162 berbanding 96, manakala 218 kaunter tidak berubah, 1,839 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 168.82 juta unit bernilai RM43.16 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, bursa tempatan dijangka bergerak dalam julat 1,435-1,450 di tengah-tengah sentimen tidak menentu yang kian memuncak dalam pasaran serantau menjelang keputusan pilihan raya pertengahan penggal tahun 2022 Amerika Syarikat (AS).

Namun begitu, beliau menambah Wall Street ditutup lebih tinggi apabila tumpuan dialihkan kepada politik buat seketika berikutan sesi yang tidak menentu.

"Purata Perindustrian Dow Jones melonjak 424 mata manakala Nasdaq memperoleh 89 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat kepada hampir paras 4.22 peratus," katanya kepada Bernama.

Di dalam negara pula, beliau berkata kaunter minyak dan gas mungkin menyaksikan halangan hari ini apabila harga minyak mentah menyusut dengan minyak mentah Brent ditutup di bawah paras AS$98 setong selepas China mengumum akan meneruskan strategi pembendungan COVID-19.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Dialog Group tidak berubah pada RM2.07, Petronas Gas menokok 20 sen kepada RM17.20, Press Metal Aluminimum menambah tiga sen kepada RM4.43, Axiata naik dua sen menjadi RM2.88 dan Hong Leong meningkat lapan sen kepada RM20.68.

Bagi saham aktif, Advance Synergy dan Zen Tech tidak berubah, masing-masing merekodkan harga sembilan sen dan tiga sen, Velesto Energy dan Bina Puri meningkat setengah sen setiap satu kepada 13.5 sen dan tiga sen, manakala EA Holdings susut setengah sen kepada satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 1.59 mata kepada 10,246.48, Indeks FBM Emas Syariah lebih baik 9.56 mata kepada 10,371.42, manakala FBM 70 susut 21.19 mata kepada 12,172.14.

Indeks FBMT 100 turun 0.41 mata menjadi 9,978.62 dan FBM ACE kerugian 21.71 mata kepada 4,928.12.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga mengukuh 4.54 mata kepada 732.66, Indeks Pengangkutan dan Logistik meningkat 5.04 mata menjadi 858.31, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.35 mata kepada 174.66 dan Indeks Perladangan menambah 32.20 mata kepada 6,857.19.

Bagaimanapun, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 4.67 mata kepada 16,097.47.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ASB 0.105
BURSA 7.460
DIALOG 2.430
EAH 0.005
FBMKLCI 1571.480
PETGAS 18.020
VELESTO 0.260

Comments

Login to comment.