Bursa Malaysia atasi paras 1,460 mata

BeritaHarian Fri, Nov 11, 2022 10:40am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, melepasi paras 1,460 apabila pelabur yakin Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (Fed) akan bertindak kurang agresif dalam mengetatkan dasarnya susulan data inflasi negara maju itu yang lebih rendah berbanding jangkaan bagi Oktober, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras meningkat 13.67 mata kepada 1,463.41 daripada penutupan Khamis pada 1,449.74.

Indeks utama pasaran itu dibuka 17.45 mata lebih baik kepada 1,467.19.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 357 berbanding 63, manakala 177 kaunter tidak berubah, 1,745 kaunter tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 281.68 juta unit bernilai RM114.07 juta.

Menurut laporan berita, inflasi AS susut kepada 7.7 peratus pada Oktober 2022 berbanding bacaan 8.2 peratus pada September 2022, memberikan harapan bahawa harga yang tinggi telah perlahan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 1,200 mata manakala Nasdaq mencatatkan kenaikan kukuh berterusan dengan 761 mata apabila hasil berjangka 10 tahun AS turun kepada 3.81 peratus.

Kembali ke peringkat tempatan, beliau yakin indeks utama akan menembusi paras 1,450 dan berada dalam aliran berjulat 1,450 hingga 1,465 hari ini, sejajar dengan prestasi serantau yang dijangkakan lebih kukuh.

"Kami percaya saham teknologi akan mengalami rangsangan besar hari ini berikutan aliran menaik yang ketara di Nasdaq dalam tempoh semalaman," katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Axiata menokok tujuh sen kepada RM2.93, Digi menambah enam sen kepada RM3.89, manakala Maybank dan Public Bank masing-masing naik dua sen kepada RM8.66 dan RM4.45.

Antara saham aktif, XoX dan Advance Synergy masing-masing tidak berubah pada dua sen dan 13 sen, Top Glove meningkat 2.5 sen kepada 91 sen, Artroniq naik lima sen kepada 62.5 sen, dan Aimflex meningkat setengah sen kepada 16 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 105.03 mata kepada 10,376.04; Indeks FBM Emas Shariah meningkat 134.75 mata kepada 10,458.64; FBM 70 melonjak 158.00 mata kepada 12,294.03; Indeks FBMT 100 naik 102.72 mata kepada 10,111.26 dan FBM ACE menokok 101.76 mata kepada 5,085.55.

Mengikut sektor, Indeks Pengangkutan dan Logistik naik 10.39 mata kepada 821.94; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.30 mata kepada 176.07; Indeks Perladangan meningkat 29.05 mata kepada 6,860.43; Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 93.53 mata kepada 16,420.36, dan Indeks Tenaga naik 5.73 mata kepada 716.29.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AIMFLEX 0.155
ARTRONIQ 0.240
ASB 0.105
BURSA 7.470
FBMKLCI 1547.570
PBBANK 4.150
XOX 0.010

Comments

Login to comment.