YLPG rancang kembang perniagaan berus industri

BeritaHarian Mon, Nov 14, 2022 11:33am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Yew Lee Pacific Group Bhd (YLPG) merancang untuk memperluaskan rangkaian berus industri dengan membangunkan berus industri yang boleh disesuaikan dengan ciri, reka bentuk dan saiz yang memenuhi keperluan pembuatan tertentu dan keperluan pelanggan akhir lain seperti industri kuari, semikonduktor dan pembuatan kaca.

Ketua Pegawai Operasi YLPG, Amber Ang Poh Yee berkata, ini membolehkan pihaknya mempelbagaikan lagi asas pelanggan sedia ada sambil mengurangkan pergantungan kepada industri pembuatan sarung tangan getah, serta meningkatkan dan mengembangkan lagi penawaran produk sedia ada YLPG.

Beliau berkata, bagi mengembangkan lagi perniagaan berus industri itu, pihaknya telah merancang untuk menggunakan hasil daripada penyenaraian pada Jun lalu yang mampu bertahan sehingga 36 bulan.

"Kami memperuntukkan pembelian mesin dan peralatan tambahan sebanyak RM10.90 juta, pembinaan kemudahan gudang baharu dan bangunan pejabat RM7.30 juta, ubah suai pejabat baharu RM1.8 juta dan keperluan modal kerja iaitu sewa tenaga kerja/beli bahan mentah sebanyak RM4.57 juta," kata dalam satu temubual baru-baru ini.

YLPG adalah pengeluar yang terbabit dalam pembuatan berus industri serta perdagangan bahagian jentera dan perkakasan industri.

YLPG menghasilkan berus industri dan teknikal untuk pelbagai industri seperti sarung tangan, makanan, pembersihan komersial, elektrik dan elektronik, perindustrian, kaca dan pengeluar kayu.

Dengan lebih daripada 25 tahun pembabitan dalam industri, YLPG berhasrat untuk menjadi pengeluar berus sehenti di Malaysia yang mengkhusus dalam penyelesaian berus khas.

Syarikat yang beroperasi ialah pembuatan berus gigi di Perak, Malaysia; mempunyai pejabat jualan dan perdagangan di Padang Besar, Thailand dan Medan, Indonesia, manakala bahagian perkakasan dan jentera perindustrian beroperasi di Ipoh, Perak dan Klang, Selangor di Malaysia.

Amber berkata, syarikat amat terkesan daripada penurunan permintaan sarung tangan kerana perniagaan bergantung pada prospek sektor pembuatan secara keseluruhan dan bukan hanya pembuat sarung tangan.

Berus industri digunakan dalam pelbagai industri yang seterusnya memenuhi pasaran pengguna akhir.

"Kami mengambil maklum bahawa kerajaan terus menyokong sektor perkilangan dengan insentif cukai di bawah Bajet 2023, terutamanya untuk automasi dalam beberapa industri seperti sarung tangan, plastik, kayu dan tekstil," katanya lagi.

Mengulas lanjut katanya, YLPG memperuntukkan RM3.60 juta daripada keperluan modal kerja yang diperoleh daripada hasil pembelian bahan monofilamen yang digunakan dalam pembuatan berus industri untuk menyokong peningkatan aktiviti pembuatan seiring dengan peningkatan permintaan untuk pelbagai berus industri.

Pihaknya merancang untuk memperluaskan rangkaian berus industri dengan membangunkan berus industri yang boleh disesuaikan dengan ciri, reka bentuk dan saiz yang memenuhi keperluan pembuatan tertentu dan keperluan pelanggan akhir lain seperti industri kuari, semikonduktor dan pembuatan kaca.

"Ini membolehkan kami mempelbagaikan lagi asas pelanggan kami sambil mengurangkan pergantungan kami kepada industri pembuatan sarung tangan getah, serta membolehkan kami meningkatkan lagi dan mengembangkan penawaran produk sedia ada kami," ujarnya.

Selain itu katanya, YLPG berkembang ke Thailand dan Indonesia pada tahun 2019 dengan menubuhkan pejabat di Padang Besar, Thailand dan Medan, Indonesia untuk memberi perkhidmatan terutamanya kepada pengeluar sarung tangan getah yang beroperasi di kawasan ini.

Beliau percaya pasaran ini memberi peluang kepada kami untuk mengembangkan kehadiran geografi kami memandangkan prospek pasaran yang positif di negara-negara ini, terutamanya bagi industri sarung tangan getah, pertanian dan E&E dan lain-lain.

Memandang ke hadapan, Amber berkata, pihaknya melihat prospek dan prestasi YLPG sangat bergantung kepada sektor pembuatan kerana pelanggan mereka datang dari industri yang berbeza.

Walaupun terdapat lebih banyak ketidakpastian ketika kita mengakhiri 2022 dan memasuki 2023, ini diimbangi oleh eksport yang kukuh, pekerjaan dan upah yang stabil serta dasar monetari yang kekal menyokong perniagaan dan pengguna.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

YEWLEE 0.395

Comments

Login to comment.