Bursa Malaysia ditutup rendah

BeritaHarian Mon, Nov 14, 2022 09:00pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran sentimen bercampur-campur di rantau ini, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.21 mata atau 0.29 peratus untuk ditutup kepada 1,464.00 daripada 1,468.21 pada Jumaat lepas.

Saham pandu pasaran dibuka tinggi 0.78 mata kepada 1,468.99, paras tertinggi harian dan mencecah paras terendah pada 1,459.05 pada sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 445 berbanding 431 manakala 393 kaunter tidak berubah, 1,056 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.80 bilion unit bernilai RM1.57 bilion daripada 3.43 bilion unit bernilai RM2.42 bilion pada Jumaat lepas.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau ditutup bercampur-campur walaupun petunjuk positif daripada Wall Street pada Jumaat berikutan pelabur mengambil keuntungan susulan kenaikan yang kukuh pada sesi sebelumnya.

"Di peringkat domestik, kami positif mengenai kembalinya dana asing ke rantau ini yang boleh meningkatkan sentimen pelabur.

"Kami menjangka aliran meningkat pasaran akan berterusan dan menjangka FBM KLCI akan diniagakan dalam julat 1,450 hingga 1,480 pada minggu ini dengan paras halangan segera pada 1,470 dan paras sokongan pada 1,420," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia Maybank, IHH Healthcare dan Petronas Chemicals, masing-masing merosot satu sen kepada RM8.59, RM5.99 dan RM8.72. Public Bank berkurangan tujuh sen kepada RM4.38 dan CIMB susut tiga sen kepada RM5.49.

Dalam kalangan saham aktif, Advance Synergy merosot setengah sen kepada 14 sen manakala Techna-X dan G3 Global, masing-masing berkurangan setengah sen kepada tiga sen. Top Glove meningkat enam sen kepada RM1.02 dan Icon Offshore naik satu sen kepada 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah merosot 9.20 mata kepada 10,520.38, Indeks FBM Emas berkurangan 21.73 mata kepada 10,395.17, Indeks FBMT 100 susut 23.60 mata kepada 10,127.99, FBM ACE jatuh 83.28 mata kepada 5,010.03 dan FBM 70 turun 6.55 mata kepada 12,365.47.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 64.31 mata kepada 16,288.92, Indeks Perladangan berkurangan 0.37 mata kepada 6,902.36, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.26 mata kepada 179.14 dan Indeks Tenaga naik 7.43 mata kepada 731.75.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.85 bilion saham bernilai RM1.31 bilion daripada 2.09 bilion saham bernilai RM2.05 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 427.98 juta unit bernilai RM82.36 juta daripada 562.32 juta unit bernilai RM111.49 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE jatuh kepada 519.70 juta saham bernilai RM171.71 juta daripada 780.17 juta saham bernilai RM262.79 juta sebelum ini.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 586.45 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (356.33 juta); pembinaan (67.81 juta); teknologi (96.11 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (46.23 juta); hartanah (165.40 juta); perladangan (18.90 juta); REIT (3.93 juta), dana tertutup (10,700); tenaga (230.28 juta); penjagaan kesihatan (226.81 juta); telekomunikasi dan media (17.80 juta); pengangkutan dan logistik (25.07 juta) dan utiliti (7.50 juta). – Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ASB 0.105
BURSA 7.470
FBMKLCI 1547.570
G3 0.025
ICON 0.715
IHH 6.120
PBBANK 4.150
TECHNAX 0.015

Comments

Login to comment.