Bursa Malaysia rendah dua hari berturut-turut

BeritaHarian Tue, Nov 15, 2022 07:40pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut pada Selasa dengan indeks utama turun 0.92 peratus apabila sentimen menjadi tidak menentu dengan pelabur mengurangkan pegangan mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 13.46 mata untuk ditutup kepada 1,450.54 berbanding paras penutup 1,464.00 pada Isnin.

Petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 2.49 mata kepada 1,461.51, paras terendah intra harinya dan mencecah paras tertinggi intra hari pada 1,447.87 dalam sesi awal pagi.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 541 berbanding 332, manakala 376 kaunter tidak berubah, 1,076 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 2.78 bilion unit bernilai RM1.68 bilion daripada 2.80 bilion unit bernilai RM1.57 bilion pada Isnin.

Penganalisis kanan Malacca Securities Sdn Bhd, Kenneth Leong, menjangka sentimen berhati-hati akan berterusan sehingga ke penghujung minggu ini apabila pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga keputusan pilihan raya diperoleh.

Pada masa yang sama, fokus tertumpu kepada musim pelaporan suku tahunan yang sedang berlangsung sekarang, katanya kepada Bernama.

"Kami melihat sektor penjagaan kesihatan (-2.3 peratus) mengakhiri kenaikan tujuh hari berturut-turutnya dan mencatatkan prestasi rendah susulan aktiviti mengambil keuntungan.

"Dari segi teknikalnya, paras ketahanan segera FBM KLCI dilihat pada 1,465, manakala paras sokongan terdekat dilihat pada 1,440," kata Leong.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata penjualan dalam tempoh beberapa hari lalu menyediakan peluang belian bagi pelabur di tengah-tengah aliran masuk kukuh dana asing.

Oleh itu, beliau menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,450 hingga 1,480 bagi minggu ini dengan paras ketahanan segera pada 1,470 dan paras sokongan pada 1,420.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Maybank susut sembilan sen kepada RM8.50, Public Bank turun satu sen kepada RM4.37, Petronas Chemicals jatuh 10 sen kepada RM8.62, CIMB berkurangan lapan sen kepada RM5.41 dan IHH Healthcare jatuh tiga sen kepada RM5.96.

Dalam kalangan kaunter cergas, Advance Synergy turun1.5 sen kepada 12.5 sen, Top Glove jatuh lima sen kepada 97 sen, KNM Group naik 1.5 sen kepada 6.5 sen manakala kedua-dua Borneo Oil dan XOX tidak berubah masing-masing pada dua sen dan 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah turun sebanyak 76.41 mata kepada 10,443.97, Indeks FBM Emas jatuh 79.50 mata kepada 10,315.67, Indeks FBMT 100 susut 83.02 mata kepada 10,044.97, FBM 70 berkurangan 60.90 mata kepada 12,304.57 manakala FBM ACE menokok 3.09 mata kepada 5,013.12.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 117.19 mata kepada 16,171.73, Indeks Produk dan perkhidmatan Perindustrian susut 0.48 mata kepada 178.66 dan Indeks Tenaga turun 6.32 mata kepada 725.43 dan Indeks Perladangan meningkat 29.10 mata kepada 6,931.46.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 1.82 bilion saham bernilai RM1.44 bilion daripada 1.85 bilion saham bernilai RM1.31 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 424.43 juta unit bernilai RM71.52 juta daripada 427.98 juta unit bernilai RM82.36 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 538.95 juta saham bernilai RM165.33 juta daripada 519.70 juta saham bernilai RM171.71 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 467.83 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (444.47 juta); pembinaan (47.50 juta); teknologi (133.53 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (59.46 juta); hartanah (146.62 juta); perladangan (11.39 juta); REITs (5.27 juta), dana tertutup (3,000); tenaga (160.05 juta); penjagaan kesihatan (242.79 juta); telekomunikasi dan media (18.92 juta); pengangkutan dan logistik (64.13 juta); dan utiliti (13.88 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ASB 0.110
BORNOIL 0.010
BURSA 7.450
FBMKLCI 1536.070
IHH 6.050
KNM 0.080
PBBANK 4.220
XOX 0.010

Comments

Login to comment.