Cheetah perkenal siri khas jersi sempena musim demam bola

BeritaHarian Tue, Nov 29, 2022 07:30pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Sempena musim demam bola sepak, Cheetah, jenama buatan negara ini paling dominan bagi pakaian sukan dan kasual sejak 1977, melancarkan siri khas jersi bola sepak disasarkan kepada peminat di seluruh negara.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, koleksi itu mempamerkan kehebatan Cheetah dalam jalinan warna terang dan reka bentuk lebih berani dengan fungsi berorientasikan sukan untuk mencipta kenyataan fesyen di dalam dan di luar padang bagi peminat bola sepak dalam menyokong pasukan kegemaran mereka.

Konsep dan reka bentuk jersi bola sepak ini direka khas oleh pereka terkenal dan Pengarah Kreatif Cheetah sendiri, Datuk Jovian Mandagie.

"Koleksi Tuan Rumah baharu terdiri daripada penampilan kasual untuk peminat bola sepak yang gemar dengan rangkaian lengkap untuk lelaki dan wanita. Siluet bersaiz besar dengan fabrik penyejukan menjanjikan keselesaan terbaik memakainya dengan gaya hidup aktif.

"Warna cerah dipilih untuk meraikan musim bola sepak ini yang dijangka menggembirakan peminat dunia," jelas Jovian.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Cheetah Holdings Bhd, Roy Ho Yew Kee berkata: "Rakyat Malaysia amat meminati bola sepak dan sebagai jenama buatan Malaysia bagi sukan dan fesyen, Cheetah berada di kedudukan terbaik untuk menawarkan peminat bola sepak peluang untuk menzahirkan cetusan diri mereka sendiri dan Bersatu dengan dunia bagi meraikan ekstravaganza bola sepak yang berlangsung sekarang."

"Cheetah juga memiliki kaitan dengan bola sepak yang lama dan adalah jenama bagi jersi rasmi Kelab Bolasepak Perak. Siri jersi bola sepak yang kami perkenalkan direka khas untuk kelihatan bergaya dan pada masa sama, berprestasi baik di dalam sebarang pertandingan kompetitif," kata beliau.

Siri jersi bola sepak Cheetah kini boleh didapati di kedai jualan Cheetah terpilih dan dua kedai utama Cheetah Flagship Stores di Pusat Beli-Belah 1 Utama dan SkyAvenue (Genting Highlands) dengan harga jualan bermula daripada RM39 dan ke atas.

Cheetah juga menganjurkan Peraduan Bola Sepak Cheetah, yang meramalkan Juara Dunia untuk meraih hadiah wang tunai, dari sekarang sehingga 19 Disember 2022.

Peserta dikehendaki membuat pembelian di kedai-kedai, kaunter atau laman web Cheetah.

Promosi dan pameran juga diadakan di pusat-pusat beli belah terpilih menawarkan pelbagai permainan dan aktiviti menarik kepada pengunjung.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

CHEETAH 0.115
GENTING 4.560

Comments

Login to comment.