Sharifah Sofia lepas jawatan di DRB-HICOM

HarianMetro Wed, Nov 30, 2022 11:47am - 1 year View Original


Kuala Lumpur: DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) mengumumkan peletakan jawatan Sharifah Sofia

Syed Mokhtar Shah sebagai Pengarah Bukan Eksekutif berkuat kuasa 20 Disember 2022.

Sharifah Sofia dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat pada 13 April 2018.

Selepas berkhidmat sebagai Pengarah selama hampir lima tahun, Sharifah Sofia kini ingin memberi tumpuan kepada minat beliau dalam pelaburan pasaran baru muncul.

Beliau pernah menerima pendedahan di dalam bidang tersebut ketika memulakan kerjayanya sebagai penganalisis di Morgan Stanley, Singapura.

Beliau juga merupakan Perunding Luar kepada Bill & Melinda Gates Foundation dari Oktober 2015 hingga

Mei 2016.

Sharifah Sofia juga pernah berkhidmat dengan Grameen Bank, Bangladesh di mana beliau memperoleh pengalaman dalam bidang pembiayaan mikro dan operasi perniagaan sosial.

Selain itu, beliau juga memegang jawatan eksekutif dalam Kumpulan apabila menyertai Pos Malaysia Berhad (sebuah anak syarikat DRB-HICOM) sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dari Januari hingga Oktober 2017.

Beliau yang juga anak perempuan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi dari University of York, United Kingdom, dan seterusnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Pembangunan dari London School of Economics and Political Science dan juga merupakan Pelatih Kongres di Washington DC, Amerika Syarikat.

Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, bagi pihak Lembaga Pengarah dan Syarikat, beliau mengucapkan terima kasih kepada Sharifah Sofia atas sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada Kumpulan.

"Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam usaha masa depannya," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

DRBHCOM 1.370
POS 0.475

Comments

Login to comment.