Bursa Malaysia ditutup tinggi hari kedua berturut-turut

BeritaHarian Thu, Dec 01, 2022 07:21pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini dengan indeks utama meningkat sebanyak 0.18 peratus susulan minat belian terhadap kaunter perladangan saham wajaran tinggi.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 2.71 mata kepada 1,491.51 daripada paras penutup 1,488.80 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik dua mata kepada 1,490.80 dan bergerak antara paras 1,487.34 dan 1,497.24 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 711 berbanding 344, manakala 379 kaunter tidak berubah, 799 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 3.94 bilion unit bernilai RM3.07 bilion daripada 4.71 bilion unit bernilai RM4.41 bilion pada Rabu.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup tinggi sedikit sejajar dengan sentimen yang bertambah baik di pasaran ekuiti global.

Beliau berkata indeks utama serantau juga kukuh susulan petunjuk positif daripada Wall Street semalaman selepas kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell yang membayangkan kemajuan perlahan langkah mengetatkan monetari.

"Sementara itu, unjuran global bagi pasaran Asia positif susulan prospek kadar faedah yang bertambah baik dan peningkatan ekuiti China apabila data Indeks Pengurus Pembelian dan ekonominya mempamerkan prestasi lebih baik daripada jangkaan," katanya kepada Bernama.

Rakuten Trade juga terus yakin dengan ekuiti tempatan yang mendapat rangsangan daripada prestasi memberangsangkan pendapatan korporat dan asas ekonomi tempatan yang bertambah baik.

"Susulan itu, kami menjangka FBM KLCI mencecah paras ketahanan pada 1,500," katanya.

Di rantau Asia, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.75 peratus kepada 18,736.44, Indeks Komposit Shanghai naik 0.45 peratus kepada 3,165.47, Indeks Shenzhen menokok 1.40 peratus kepada 11,264.16, Nikkei 225 Jepun menambah 0.92 peratus kepada 28,226.08 dan Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.07 peratus kepada 3,292.73.

Sementara itu, penganalisis kanan Malacca Securities Sdn Bhd Kenneth Leong menjangkakan sentimen yang positif menghala ke penghujung tahun yang biasanya menyaksikan aktiviti memperelokkan akaun.

"Pada masa yang sama para pelabur juga memantau rapat perkembangan politik di Malaysia terutamanya pelantikan Kabinet kerajaan dalam tempoh terdekat ini.

"Dari segi teknikal, paras ketahanan segera FBM KLCI berada pada 1,500, manakala paras sokongan tempoh terdekat dilihat pada 1,465," kata Leong.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM8.62, Public Bank susut tiga sen kepada RM4.47 dan CIMB berkurangan lima sen kepada RM5.75, manakala Petronas Chemicals melonjak 13 sen kepada RM8.67 dan Tenaga meningkat lapan sen kepada RM9.50.

Dalam kalangan kaunter cergas, Infomina naik 24 sen kepada 82 sen, Leform meningkat 3.5 sen kepada 22 sen, MY E.G menokok 6.5 sen kepada 95 sen, Green Packet menambah 1.5 sen kepada tujuh sen manakala Advance Synergy jatuh 1.5 sen kepada 17.5 sen.

Di Papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 60.77 mata kepada 10,694.47, Indeks FBMT 100 naik 52.98 mata kepada 10,405.24, Indeks FBM Emas Shariah menokok 120.17 mata kepada 10,903.26, FBM 70 menambah 202.18 mata kepada 13,053.27 dan FBM ACE naik 79.82 mata kepada 5,290.97.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 56.48 mata kepada 16,566.86, Indeks Perladangan naik 93.52 mata kepada 6,821.29 dan Indeks Tenaga meningkat 17.80 mata kepada 785.31, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.48 mata kepada 183.24.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 2.36 bilion saham bernilai RM2.49 bilion berbanding 2.68 bilion saham bernilai RM4.09 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 433.85 juta saham bernilai RM74.16 juta daripada 416.42 juta unit bernilai RM65.11 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 1.15 bilion saham bernilai RM504.39 juta daripada 1.61 bilion saham bernilai RM258.21 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 446.22 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (430.61 juta); pembinaan (79.90 juta); teknologi (421.96 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (88.54 juta); hartanah (198.74 juta); perladangan (28.59 juta); REITs (7.65 juta), dana tertutup (32,000); tenaga (298.96 juta); penjagaan kesihatan (125.63 juta); telekomunikasi dan media (153.36 juta); pengangkutan dan logistik (48.88 juta) dan utiliti (31.13 juta).

– Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ASB 0.100
BURSA 7.460
FBMKLCI 1569.250
GPACKET 0.045
INFOM 1.410
LEFORM 0.160
PBBANK 4.230

Comments

Login to comment.