Hartalega, Top Glove bukan lagi komponen utama FBM KLCI

BeritaHarian Thu, Dec 01, 2022 09:30pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: FTSE Russell dan Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan perubahan kedudukan dua komponen FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI yang menyaksikan penyenaraian AMMB Holdings Bhd serta QL Resources Bhd dalam indeks utama berkenaan.

Hartalega Holdings Bhd dan Top Glove Corp Bhd sebaliknya muncul sebagai dua konstituen yang dikeluarkan susulan semakan semula separuh tahun Siri Indeks FBM bagi Disember 2022.

Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pihak terbabit berkata senarai simpanan FBM KLCI yang merangkumi lima bukan konstituen indeks dalam kedudukan tinggi dari segi permodalan pasaran adalah Fraser and Neave Holdings, Gamuda, Malaysia Airports Holdings, Time Dotcom dan Westports Holdings.

"Senarai simpanan ini akan digunakan sekiranya satu atau lebih konstituen itu dikeluarkan daripada FBM KLCI mengikut peraturan asas indeks ketika tempoh sehingga semakan separuh tahun seterusnya," katanya.

Selain itu, semakan semasa itu turut membabitkan perubahan 11 konstituen dalam Indeks FBM Mid 70 dan tiga konstituen dalam Indeks FBM Hijrah Shariah.

Sehubungan itu, Indeks FBM Mid 70 kini merangkumi penyertaan baharu seperti Affin Bank, Berjaya Food, Dayang Enterprise Holdings, Hartalega Holdings, Heineken Malaysia, Hextar Technologies Solutions, Hong Leong Capital, PMB Technology, Top Glove Corp, Uchi Technologies dan United Plantations.

Perubahan itu menyaksikan AEON Credit Service (M), AMMB Holdings, Carlsberg Brewery Malaysia, Dufu Technology Corp, Genting Plantations, GHL Systems, Leong Hup International, QL Resources, Sports Toto, Sunway dan UMW Holdings dikeluarkan daripada indeks berkenaan.

Bagi Indeks FBM Hijrah Shariah akan melibatkan kemasukan Inari Amertron, Malaysia Airports dan Press Metal Aluminium manakala Genting Plantations, PPB Group dan Sunway dikeluarkan.

Kesemua perubahan konstituen ini akan berkuatkuasa pada 19 Disember 2022 manakala semakan seterusnya akan dilaksanakan pada Jun 2023.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AEONCR 6.960
AFFIN 2.470
AIRPORT 10.000
AMBANK 4.170
BJFOOD 0.700
BURSA 7.460
CARLSBG 18.460
DAYANG 2.410
DUFU 2.140
F&N 31.400
FBMKLCI 1544.760
GAMUDA 5.180
GENP 6.050
GHLSYS 0.735
HARTA 2.690
HEIM 22.780
HEXTECH 1.180
HLCAP 4.090
INARI 3.180
LHI 0.570
PMBTECH-WA 0.000
PPB 15.600
QL 6.310
SPTOTO 1.370
SUNWAY 3.360
TIMECOM 5.200
TOPGLOV 0.830
UCHITEC 3.840
UMW 4.970
UTDPLT 25.000
WPRTS 3.870

Comments

Login to comment.