Takaful Ikhlas jalin kerjasama dengan MBSB Bank, perkasa kewangan Islam

HarianMetro Fri, Dec 02, 2022 05:29pm - 1 year View Original


Petaling Jaya: Dua anak syarikat di bawah MNRB Holdings Berhad, Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas) menjalinkan kerjasama buat pertama kalinya bersama MBSB Bank Berhad (MBSB Bank).

Kerjasama selama lima tahun bancatakaful itu bertujuan untuk memperkasakan pembangunan kewangan Islam secara progresif dan inklusif di Malaysia.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, pihaknya sepenuhnya bersedia untuk menyediakan sokongan menerusi kerjasama ini.

"Kita komited dalam memberikan perkhidmatan dan servis kelas pertama takaful kepada seluruh pelanggan MBSB Bank.

Kita percaya kerjasama yang terjalin ini mampu menyediakan peluang kepada pelanggan untuk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan perlindungan kewangan menerusi tawaran yang disediakan," katanya pada pelancaran kerjasama strategik antara Takaful Ikhlas dan MBSB Bank di sini, hari ini.

Menerusi kerjasama ini, Takaful Ikhlas akan bekerjasama seiring dengan MBSB Bank dalam memberi sokongan terhadap visi bank untuk menjadi antara bank Islamik yang terbaik dan progresif di Malaysia.

Pada masa sama, kerjasama ini juga menyediakan servis kewangan berguna dan berpatutan yang mampu memenuhi permintaan pelanggan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib berkata, menerusi perjanjian ini MBSB Bank akan menyediakan Takaful Ikhlas Family dan Takaful Ikhlas General sebagai produk untuk pelanggan.

"Kerjasama ini dijangka menjana kira-kira RM500 juta sumbangan takaful kepada Takaful Ikhlas meliputi tawaran Takaful Ikhlas Family dan Takaful Ikhlas General.

"Selain itu, melalui kerjasama ini, MBSB Bank akan melanjutkan produk berkaitan kredit takaful keluarga Takaful Ikhlas seperti Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurangan, Takaful Kredit Bertempoh Berkumpulan selain produk-produk asas takaful lain seperti permotoran, pemilikan rumah, kebakaran dan kemalangan.

"Dalam pada itu, inisiatif ini turut meningkatkan pendapatan berasaskan yuran bank. Kedua-dua pihak akan meneroka peluang lain seperti perkongsian pertalian dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR)," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

MNRB 1.710

Comments

Login to comment.